Panas! Puad bidas Wahid Rosol, kenapa masuk kluster ‘katak’?

Panas! Puad bidas Wahid Rosol, kenapa masuk kluster ‘katak’?

WAHID ROSOL: SIAPA GERTAK SIAPA?

YB Rosol Wahid kata, “kalau nak keluar, keluarlah. Jangan gertak”.

Ye, UMNO akan keluar daripada Kerajaan PN. Tiada yang tersembunyi kerana sudah putus di PAU UMNO 2020.

Tetapi UMNO tidak pernah menggertak dan mengugut PPBM untuk keluar daripada kerajaan PN.

UMNO pun tahu PPBM adalah parti yang tidak boleh digertak dan diugut. PPBM adalah parti diktator dalam bergabung. Parti yang tidak mengamalkan musyawarah dan konsensus. Kejujuran politik jauh sekali.

Sebaliknya PPBM yang kuat mengugut, menggertak atau membeli ahli Parlimen lain. PPBM dituduh menggunakan LHDN dan SPRM untuk tekan ahli parlimen melompat parti.

Setiausaha Agung PKR dakwa ahli parlimen PKR melompat parti kerana ditekan oleh LHDN dan SPRM. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/xavier-pernah-dakwa.

MB Pahang turut mendedahkan di PAU UMNO, terdapat usaha untuk membeli dan memujuk ahli Parlimen Cameron Highlands supaya lompat parti.

Justeru tidak timbul UMNO meletak syarat untuk keluar daripada Kerajaan PN. Presiden UMNO tegaskan di PAU UMNO 2020, UMNO tidak akan meminta dan menerima jawatan TPM. UMNO letak noktah kepada isu tersebut.

Kenapa YB Rosol masuk kluster “katak”? Kerana jawatan atau peruntukan? Jangan lupa YB, Hulu Trengganu kerusi UMNO. Pulangkan. Bukan gertak ye!

DrPuad Zarkashi

CATEGORIES

COMMENTS