Angkara dendam bomoh mati ditembak

Angkara dendam bomoh mati ditembak

Dendam dipercayai motif pembunuhan pengamal perubatan yang ditembak di rumah sewa di Perumahan Bukit Rangin Perdana 2, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, mangsa, Mohamad Abdul Rahim Nasri, 31, meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, pihaknya menerima maklumat berlaku kejadian seorang lelaki tidak sedarkan diri akibat kecederaan di kepala dan kesan darah kering pada jam 11 malam.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di rumah kampung jenis papan yang terletak kira-kira 20 meter dari jalan utama dan 100 meter dari rumah jiran terdekat.

“Ketika kejadian, mangsa berseorangan kerana ibunya berniaga ikan di tapak niaga Bukit Rangin Perdana 2 kira-kira 200 meter dari rumah.

“Mangsa mati disyaki ditembak kerana ada beberapa kesan tembakan pada badan hasil pemeriksaan dijalankan pasukan siasatan dan forensik.

“Mangsa yang sudah berkahwin baru saja mendapat anak lelaki. Mangsa tinggal bersama ibunya yang berusia 60 tahun dan menjalankan aktiviti perubatan tradisional.

“Isteri mangsa kini sedang berpantang di rumah ibu mentua di Pekan,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, hasil siasatan disyaki bermotifkan dendam dan marah kepada mangsa.

“Bagaimanapun, siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK),” katanya. – HM

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (4)
  • comment-avatar
  • comment-avatar

    I like this web site so much, saved to my bookmarks. “To hold a pen is to be at war.” by Francois Marie Arouet Voltaire.

  • comment-avatar

    free personal ads online
    [url=”http://datingfreetns.com/?”]free local personal ads [/url]

  • comment-avatar

    Angkara dendam bomoh mati ditembak
    fftwgkic http://www.g50zkqc46k1g4893bg2100l4or2vbz6us.org/
    afftwgkic
    [url=http://www.g50zkqc46k1g4893bg2100l4or2vbz6us.org/]ufftwgkic[/url]

  • Disqus ( )