Panas! Hakim tegur peguam Najib

Panas! Hakim tegur peguam Najib

Tidak sampai sejam memulakan hujahnya pada hari kedua prosiding rayuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, peguam bela Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah ditegur oleh Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abdul Karim Abdul Jalil.

Hakim yang mengetui panel tiga hakim itu menegur peguam terbabit agar menggunakan perkataan lebih sopan dan berhemah apabila menyentuh kekhilafan Hakim Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali yang mensabitkan Ahli Parlimen Pekan dengan tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan dana sebanyak RM42 juta syarikat SRC International Sdn. Bhd.

“Boleh tak awak guna perkataan yang berbeza? Awak boleh kata hakim terkhilaf, tersalah arah atau tidak cekap tetapi bukan perkataan betul-betul tidak cekap (hopelessly incompetent),” katanya.

Terdahulu, peguam terbabit menyifatkan Hakim Mohd. Nazlan sebagi seorang hakim yang ‘hopelessly incompetent’ sehingga berlaku beberapa kesalahan dalam penghakimannya.

Peguam terbabit turut menyatakan Hakim Mohd. Nazlan telah ‘meracun’ penghakiman yang dibuat di akhir kes penghakiman dengan memasukkan beberapa dapatan yang tidak pernah dinyatakan ketika membuat keputusan prima facie dan nota prosiding.

Muhammad Shafee kemudian mengubah hujahnya dengan mengatakan hakim tersebut tidak cekap (incompetent).

Hari ini merupakan hari kedua rayuan Najib terhadap sabitan salah dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dikenakan terhadapnya.

Beliau dikenakan hukuman tersebut selepas didapati bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan dana syarikat SRC International Sdn. Bhd. berjumlah RM42 juta.

Hukum penjara dan denda itu digantung dan Najb kini berada dalam jaminan RM2 juta sementara menunggu keputusan rayuan itu. – Utusan

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (5)
  • comment-avatar
  • comment-avatar

    Great V I should certainly pronounce, impressed with your site. I had no trouble navigating through all tabs as well as related information ended up being truly easy to do to access. I recently found what I hoped for before you know it in the least. Quite unusual. Is likely to appreciate it for those who add forums or anything, website theme . a tones way for your client to communicate. Nice task..

  • comment-avatar

    free phone chat lines
    [url=”http://freedatingste.com/?”]free local personals [/url]

  • comment-avatar

    Panas! Hakim tegur peguam Najib
    [url=http://www.g48iu853pb09y0an4vpz1d84931myx7js.org/]usqtzjwgoyi[/url]
    sqtzjwgoyi http://www.g48iu853pb09y0an4vpz1d84931myx7js.org/
    asqtzjwgoyi

  • comment-avatar
  • Disqus ( )