Terkini! Bekas ADUN Warisan lompat ke Bersatu

Terkini! Bekas ADUN Warisan lompat ke Bersatu

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bebas, Hassan A Gani Pg Amir kini sah sertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Beliau menyerahkan borang keahliannya kepada Timbalan Presiden parti itu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dalam Majlis Makan Malam Ulang Tahun Kedua Bersatu Sabah, pada Isnin malam.

Pada 25 Februari lalu, beliau yang merupakan wakil rakyat Sebatik telah mengisytiharkan keluar daripada Parti Warisan Sabah (Warisan).

“Hari ini memang kita menyerahkan borang penyertaan, borang keahlian menyertai parti Bersatu.

“Perkara ini dilakukan setelah berbincang dengan pihak akar umbi dan juga ketua-ketua cawangan yang sebelum ini daripada cawangan Parti Warisan Sabah,” katanya.

Sebelum ini, tindakan ADUN Sebatik yang bertindak keluar parti mengundang kontroversi dan diselar pucuk pimpinan Warisan yang kemudiannya mengheret perkara itu muka pengadilan.

Ini termasuklah tindakan Warisan menggesa Hassan A Gani untuk mengosongkan kerusi DUN diwakilinya kerana didakwa telah menandatangani surat akuan bersumpah ketika penamaan calon pada tahun lalu. – AA

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (3)
  • comment-avatar
  • comment-avatar

    Have you ever thought about publishing an ebook or guest authoring on other sites? I have a blog centered on the same ideas you discuss and would really like to have you share some stories/information. I know my subscribers would appreciate your work. If you are even remotely interested, feel free to shoot me an email.

  • comment-avatar

    sexy dating sites
    [url=”http://datingfreetns.com/?”]dating sites for over 50 [/url]

  • Disqus ( )