Kreatif! Bagi tingkatkan pendapatan penduduk kampung, AMANAH sumbang benih pisang tanduk di Larut

Kreatif! Bagi tingkatkan pendapatan penduduk kampung, AMANAH sumbang benih pisang tanduk di Larut

Selama Perak 10 Apr 2021.

Dalam suasana ekonomi yang semakin mencabar pada hari ini, aktiviti-aktivti peningkatan pendapatan penduduk kampung perlu digerakkan dengan segera.

Saya bersama Ketua AMANAH Kawasan Larut Ust Mohd Nazri Din serta ahli jawatankuasanya memberi sumbangan benih Pisang Tanduk kepada penduduk di DUN Selama dan Kubu Gajah. Turut hadir Pengarah Syariah Amanah Nasional Ust Zolkharnain Abidin Al-Hafiz.

Mereka dilatih dengan teknik penanaman, pembajaan dan penjagaan yang betul untuk menghasilkan Pisang Tanduk yang berkualiti.

Seterusnya aktiviti-aktiviti untuk menghasilkan produk hiliran daripada Pisang Tanduk ini akan menberi manfaat pula kepada penduduk sekitar dalam penghasilan kerepek, aktiviti pembungkusan dan pengedaran dan lain-lain lagi.

Syabas saya ucapkan, semoga lebih banyak lagi usaha-usaha ‘memberi pancing’ seperti ini diteruskan lagi.

Asmuni Awi

 

CATEGORIES

COMMENTS