Panas! Filem Penunggang Agama laku, raih kutipan RM2 juta dalam masa dua minggu

Panas! Filem Penunggang Agama laku, raih kutipan RM2 juta dalam masa dua minggu

Baru dua minggu ditayangkan, filem Penunggang Agama berjaya meraih kutipan RM2 juta.

Dengan kejayaan tersebut, penerbit filem berkenaan, Astro Shaw dan Skop Production mengambil pendekatan proaktif untuk menayangkan filem tersebut di negara jiran, Singapura bermula 15 April ini.

Tayangan filem ini di Singapura sekali gus menjadikan Penunggang Agama sebagai filem pertama yang berjaya menembusi pasaran pawagam luar negara semenjak penularan COVID-19.

Sebagai teraju utama Penunggang Agama, sutradara Syafiq Yusof berkongsi rasa terujanya kerana karyanya itu akan ditonton masyarakat di negara jiran.

Harapan anak kepada pengarah filem veteran tersohor, Datuk Yusof Haslam itu ialah kembara Penunggang Agama ke Singapura akan mencetus keghairahan pencinta filem tempatan untuk kembali ke panggung wayang dan menyokong karya-karya tanah air.

“Saya anggap kejayaan filem Penunggang Agama adalah sokongan yang diberikan daripada peminat dan penonton untuk saya terus perbaiki dan hasilkan karya yang mengikut cita rasa penonton,” kata penerima anugerah Pengarah Harapan pada Festival Filem Malaysia ke-25 (FFM25) itu lagi.

Penunggang Agama yang merupakan naskhah genre seram itu menjalani penggambaran di Cameron Highlands, Pahang ini akan menemui peminat-peminat filem seram di lapan lokasi di Singapura antaranya AMK Hub, The Cathay, Orchard Cinelesirure, Downtown East, dan West Mall.

Filem berkenaan dibintangi oleh Zul Arrifin, Nasir Bilal Khan, Sabrina Ali, Azira Shafinaz dan Datuk Jalaludin Hassan.

Di Malaysia, Penunggang Agama ditayangkan di saluran Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 25 Mac lalu. – AA

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (14)
  • comment-avatar
  • comment-avatar

    dating sites free
    [url=”http://stfreeonlinedating.com/?”]free dating site [/url]

  • comment-avatar

    browse tinder for free , tindr
    [url=”http://tinderentrar.com/?”]how to use tinder [/url]

  • comment-avatar

    Panas! Filem Penunggang Agama laku, raih kutipan RM2 juta dalam masa dua minggu
    hkcyktgno http://www.g7p68x1qcl1lzoxs720365ai0158y6afs.org/
    ahkcyktgno
    [url=http://www.g7p68x1qcl1lzoxs720365ai0158y6afs.org/]uhkcyktgno[/url]

  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • Disqus ( )