Panas! Iran didakwa serang kapal Israel

Panas! Iran didakwa serang kapal Israel

Sebuah kapal milik Israel diserang berhampiran di luar persisiran pantai Emiriah Arab Bersatu (UAE) Selasa lalu, lapor media Israel.

Pasukan keselamatan yang memetik stesen televisyen Israel, Channel 12 berkata, kapal Hyperion Ray mengalami ‘kerosakan kecil’ berhampiran pelabuhan UAE, Fujairah.

Serangan dipercayai dilakukan oleh Iran.

Stesen televisyen Lubnan, Al-Mayadeen yang dipercayai rapat dengan Iran dan Syria, juga melaporkan kapal menggunakan bendera Bahamas dan dikendalikan oleh firma Israel, Ray Shipping itu diserang.

Firma itu mempunyai satu lagi kapal iaitu, Helios Ray, yang turut diserang pada Februari ketika belayar di luar pantai Oman.

Ketika kejadian, Helios Ray dalam perjalanan dari Damman, Arab Saudi ke Singapura.

Iran ketika itu menafikan bertanggungjawab atas kejadian berkenaan. – HM

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (3)
  • comment-avatar
  • comment-avatar

    chat websites to meet people
    [url=”http://stfreeonlinedating.com/?”]dating [/url]

  • comment-avatar

    tinder app , tinder sign up
    [url=”http://tinderentrar.com/?”]tinder online [/url]

  • Disqus ( )