Polis berjaya tahan perompak dalam satu kejadian rompakan, rupa-rupanya seekor kambing

Polis berjaya tahan perompak dalam satu kejadian rompakan, rupa-rupanya seekor kambing

Polis di North Carolina berjaya menahan perompak yang sedang menggeledah sebuah rumah di Amerika Syarikat.

Bezanya kali ini, perompak berkenaan merupakan seekor kambing jantan yang dikenali sebagai ‘Billy’.

“Kami menerima laporan yang dipercayai berlaku rompakan di sebuah rumah awal pagi tadi.

“Apabila kami tiba di rumah tersebut, kami ternampak Billy. Suka cita kami memaklumkan Billy telah ditahan dan tidak akan mengganggu ketenteraman awam lagi,” kata Polis Greenville dalam catatan di akaun rasmi Facebook pada Selasa.

Namun mereka tidak memperincikan butiran kejadian tersebut.

Ciapan tersebut yang memaparkan Billy dengan tali kuning di bahagian leher menarik perhatian netizen yang.

Ada yang menawarkan untuk membela kambing tersebut bagi mengelakkan haiwan itu ‘dipenjara’. – AA

CATEGORIES

COMMENTS