Biadap! Bodyguard dibelasah majikan kerana berpuasa

Biadap! Bodyguard dibelasah majikan kerana berpuasa

Disebabkan enggan menuruti arahan majikan untuk tidak berpuasa, pengawal peribadi bersama rakannya dibelasah dan diacukan pistol, semalam.

Mangsa berusia 43 tahun bersama seorang lagi rakan sekerja dibelasah menggunakan rotan oleh majikannya di rumah di Batu Nilam, Klang.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, sebelum itu mangsa berusia 26 tahun bersama majikannya seorang lelaki berusia 43 tahun berada di kondominium di Jalan Pinang, di sini pada 10 malam.

Menurutnya, suspek kemudian memarahi mangsa yang memaklumkan dia berpuasa sebelum menamparnya.

“Sebaik tiba di rumah suspek di Batu Nilam, Klang, mangsa dibelasah dengan rotan selain diacukan pistol oleh suspek.

“Kejadian itu menyebabkan mangsa mengalami pendarahan beku dan lebam pada badan sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang,” katanya hari ini.

Katanya, dua mangsa sudah bekerja dengan suspek sebagai pengawal peribadi sejak tiga dan tujuh tahun lalu.

Beliau berkata, suspek akan memarahi mangsa jika mengetahui pekerjanya itu berpuasa dan memaksa agar tidak meneruskannya.

“Polis kini sedang mengesan suspek untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan,” katanya. – HM

CATEGORIES

COMMENTS