Harga barang keperluan melambung tinggi, kerajaan membisu? – Munzirie

Harga barang keperluan melambung tinggi, kerajaan membisu? – Munzirie

Kenaikan harga barang keperluan yang tidak terkawal kebelakangan ini harus dipandang serius oleh semua pihak.

Berdasarkan tinjaun di beberapa pasar di negeri Perak, harga barangan mentah seperti ayam daging melonjak sehingga RM10.00/kg berbanding hanya RM7.50 ke RM8.50/kg pada sebulan yang lalu.

Disamping itu harga – harga barangan mentah dan barang keperluan lain turut mencatatkan kenaikan harga yang mendadak terutamanya sayur-sayuran.

Faktor kenaikan harga yang tidak terkawal ini sedikit sebanyak menjejaskan kuasa beli kepada rakyat khususnya di kalangan golongan pertengahan dan marhaen tatkala menempuh hidup dalam suasana norma baharu ini.

Justeru Pemuda AMANAH Negeri Perak menzahirkan kebimbangan dan menyeru agar Kerajaan melalui pihak berwajib terutamanya KPDNHEP dalam mengawal segera kenaikan ini dengan menguatkuasakan segera Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) khususnya ketika musim perayaan dalam memastikan pemborong dan pembekal tidak mengenakan harga yang melampau kepada peniaga yang mana akhirnya rakyat yang akan menanggung bebannya.

Akhirnya,parlimen perlu dibuka semula dengan kadar segera supaya isu-isu rakyat dapat diketengahkan dan dibela terutamanya melibatkan harga barangan keperluan harian.

AHMAD MUNZIRIE AHMAD KABIR
Naib Ketua Pemuda AMANAH Negeri Perak
14 April 2021

CATEGORIES

COMMENTS