Muhyiddin jamin kerajaan tiada hasrat laksana PKP kali ketiga

Muhyiddin jamin kerajaan tiada hasrat laksana PKP kali ketiga

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan kerajaan tidak berhasrat melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali ketiga.

Beliau memaklumkan perkara berkenaan dalam satu dialog dengan persatuan dan dewan-dewan perniagaan yang dianjurkan oleh kementerian perdagangan antarabangsa dan industri di ibu negara hari ini.

Bagaimanapun, Perdana Menteri menjelaskan, pemain industri harus memastikan pematuhan yang tinggi terhadap prosedur operasi standard (SOP), terutama yang melibatkan kemudahan tempat tinggal pekerja.

“Tolong terus sediakan kemudahan selamat dan sesuai yang akan membantu memastikan tiada kesesakan dan mempertingkatkan kebersihan tempat tinggal pekerja, yang akan membantu mengurangkan risiko penyebaran virus.

“Ini juga peringatan bahawa kerajaan tidak berhasrat melaksanakan semula PKP.

“Bagaimanapun PKP bersasar akan dilaksana di tempat tertentu yang berpotensi mencetuskan penyebaran,” katanya lagi. – AA

CATEGORIES

COMMENTS