Raja Salman sumbang 15,000 kilogram kurma kepada Indonesia

Raja Salman sumbang 15,000 kilogram kurma kepada Indonesia

Kerajaan Arab Saudi memberikan sumbangan sebanyak 3,000 bungkus dan 15 tan kurma kepada penduduk Islam di Indonesia.

Lapor Kompas.com, Raja Salman Abdulaziz turut berbesar hati menghulurkan sumbangan 10,000 pek iftar untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan, anak yatim dan pasukan perubatan.

Simbolik pemberian itu dilakukan oleh Duta Arab Saudi di Indonesia, Esam Abid Althagafi kepada Ketua Pengarah Komuniti Islam Kementerian Agama, Kamaruddin Amin di pejabat Atase kedutaan Arab Saudi di Jakarta.

Selain itu, Arab Saudi turut memberikan sumbangan sebanyak 30,000 naskhah Al-Quran dengan terjemahan bahasa Indonesia.

Menurut Esam, pemberian Raja Salman itu menandakan bukti hubungan erat antara kedua-dua negara.

“Hubungan bilateral antara Arab Saudi dan Indonesia sangat kuat. Kami juga mahu membuktikan hubungan dengan rakyat di Indonesia sangat rapat terutamanya semasa bulan Ramadan,” katanya. – Utusan

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )