Shahidan terus serang Zahid, timbulkan semula isu jajaran baru UMNO bersama PKR, DAP

Shahidan terus serang Zahid, timbulkan semula isu jajaran baru UMNO bersama PKR, DAP

Gerakan mewujudkan jajaran baharu UMNO dengan PKR dan DAP yang semakin panas diperkatakan ketika ini adalah memalukan, tegas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Mengulas mengenai isu itu, Shahidan berkata, UMNO sudah membuat keputusan ‘No Anwar, No DAP’ pada Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini dan ia perlu dihormati semua pihak.

“Sekarang kita dah cakap ‘No anwar, No DAP, No PKR’… (isu) jajaran baharu kena tanya orang UMNO, terima ke tak terima,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Media di ibu negara pada Ahad.

Tambah Shahidan, beliau tidak bersetuju jika Barisan Nasional (BN) mengambil pendekatan keluar daripada Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum pilihan raya.

“Saya tidak setuju BN keluar PN, kita dah putus kalau dekat pilihan raya baru keluar, sekarang kita masih bersama PN.

“Kalau kita jarakkan diri belah mana pun, itulah jumlah kerusi kita (UMNO). Kalau pergi ke PKR dan DAP itu memalukan kerana slogan kita No Anwar, No DAP,” tegasnya lagi. – AA

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )