Tular video samseng jalanraya langgar dan pecahkan cermin kereta

Tular video samseng jalanraya langgar dan pecahkan cermin kereta

Empat lelaki yang berada dalam pengaruh dadah bertindak samseng dengan melanggar dan memecahkan cermin kereta sebelum memukul pekerja agensi pekerjaan dalam kejadian di Taman Sentosa di sini semalam.

Bagaimanapun, kesemua suspek berusia berusia 23 tahun hingga 35 tahun itu berjaya ditangkap bermula 7 petang hingga 11 malam sekitar daerah ini iaitu dalam tempoh tujuh jam selepas melakukan jenayah pukul 4.30 petang.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang bekerja sebagai agensi pekerjaan berusia 25 tahun dalam perjalanan menghantar sepupunya ke Pelabuhan Klang dari Sentosa.

Katanya, kereta dinaiki dua bersaudara itu kemudiannya dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kereta jenis Honda Civic yang dinaiki empat suspek berkenaan.

“Suspek telah bertindak memecahkan cermin kereta, menarik mangsa keluar dari kenderaan dan memukulnya menggunakan kayu.

“Mereka juga telah merampas sebuah telefon bimbit milik sepupu mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shamsul Amar menjelaskan pihaknya kemudiannya berjaya memberkas keempat suspek di sekitar daerah ini.

Tambah beliau, ujian air kencing mendapati kesemua mereka positif
dadah jenis methamphetamine.

“Hasil siasatan awal mendapati buli jalanan itu berlaku apabila kesemua suspek dipercayai dalam pengaruh dadah.

juga mendapati suspek-suspek berkenaan adalah penganggur dan merupakan penagih dadah.

“Kes disiasat di bawah seksyen 394/427 Kanun Keseksaan,” katanya.

Terdahulu, tular dua buah video berdurasi 24 saat menunjukkan sekumpulan lelaki sedang menendang dan memecahkan cermin kenderaan di tepi jalanraya.

Video tersebut tular di laman sosial Twitter sehingga tular kerana lelaki yang memecahkan cermin kereta itu menyerupai seorang artis terkenal. – Kosmo

 

 

 

 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )