Gempar! Lelaki terjun bunuh diri dari tingkat 3 Suria KLCC

Gempar! Lelaki terjun bunuh diri dari tingkat 3 Suria KLCC

Seorang lelaki maut selepas dipercayai terjun dari tingkat tiga pusat beli belah Suria KLCC, hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, berkata pihaknya menerima laporan kejadian itu pada jam 1.52 tengah hari tadi.

“Saya mengesahkan kejadian itu membabitkan seorang lelaki yang terjun dari tingkat tiga pusat beli-belah berkenaan.

“Siasatan masih dijalankan dan sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, tular gambar di media sosial memaparkan seorang lelaki terbaring di aras bawah selepas dikatakan membunuh diri dengan terjun dari tingkat tiga pusat membeli-belah terbabit.

Ketika kejadian, pihak pengurusan Suria KLCC, turut menutup sebahagian ruang di tingkat bawah bagi membolehkan pemeriksaan lanjut dijalankan oleh pihak polis dan pegawai perubatan. – Buletin TV3

CATEGORIES

COMMENTS