600 penduduk Parit Buntar terima sumbangan sempena Ramadan

600 penduduk Parit Buntar terima sumbangan sempena Ramadan

Seramai 600 orang penduduk dalam kawasan Parlimen Parit Buntar telah menerima sumbangan berbentuk wang tunai dan barangan keperluan dapur sempena Program Kasih Ramadan anjuran Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Parit Buntar dengan kerjasama AMANAH Kawasan Parit Buntar .
Ketua AMANAH Kawasan Parit Buntar, Adnan Abdul Rahman berkata, majlis penyampaian sumbangan berkenaan diadakan secara berasingan melibatkan lapan zon dalam parlimen Parit Buntar bagi mematuhi SOP yang telah ditetapkan pihak kerajaan.
“ Majlis pada hari ini, adalah diantara beberapa program yang diatur bagi membantu golongan yang memerlukan di bulan Ramadan.

“ Selain sumbangan kepada fakir miskin, sumbangan juga diberikan kepada pesakit hospital , frontliners Hospital, Polis dan Bomba serta sumbangan kepada semua masjid di Parit Buntar” katanya ketika di temui dalam Majlis Penyampaian Sumbangan Kasih Ramadan Zon Parit Buntar di Taman Kerian, dekat sini.

Penyampaian sumbangan telah disempurnakan Ahli Parlimen Parit Buntar , Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf Rawa dan isteri , Ustazah Zuraida Husin.

Adnan mengucapkan terima kasih kepada Ahli Parlimen Parit Buntar , Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf Rawa yang telah berusaha mengumpul dana Ramadhan dari dalam dan luar kawasan Parit Buntar.

“ Walaupun Dr Mujahid sekarang ini bukan lagi Ahli Parlimen kerajaan, beliau tetap berusaha membantu penduduk di Parit Buntar

” Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penderma yang telah menyumbangkan derma mereka dalam menjayakan program ini ” katanya
Sementara itu, Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf Rawa dalam ucapannya semasa program bersyukur kerana dapat memberi sumbangan kepada warga yang memerlukan sempena bulan Ramadan tahun ini.

“ Ramadan tahun lalu, sumbangan kepada penduduk kami salurkan melalui wakil-wakil cawangan AMANAH seluruh Pari Buntar berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

“ Alhamdulillah , saya dapat menyampaikan sumbangan secara bersemuka pada tahun ini mengikut SOP yang telah ditetapkan “ katanya
Beliau berkata, menjalankan tugas sebagai wakil rakyat adalah amanah terutama bagi mencari dana yang besar bagi kerja kebajikan untuk rakyat
“ Semasa menjadi kerajaan , sumbangan yang diberi kepada penduduk adalah besar kerana saya mendapat peruntukan dari kerajaan
”Hari ini, walaupun nilai sumbangan lebih kecil namun , saya tetap akan cari dan sampaikan kepada penduduk bagi meringankan beban mereka menghadapi bulan Ramadan ini,”katanya

Seorang warga emas yang menerima sumbangan , Norsiah Hasan , 68 bersyukur menerima sumbangan pada Ramadan tahun ini

“ Mak Cik ucap terima kasih wakil rakyat Parlimen Parit Buntar yang memberi sumbangan kepada Mak Cik pada hari ini
“ Sebelum ini pun, semasa dalam PKP , YB ada datang ke rumah Mak cik menyampaikan sumbangan “ katanya.

CATEGORIES

COMMENTS