Ahli Parlimen Parit Buntar rai asnaf dalam majlis iftar

Ahli Parlimen Parit Buntar rai asnaf dalam majlis iftar

Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Parit Buntar dengan kerjasama Parti Amanah Negara (AMANAH) kawasan Parit Buntar telah mengadakan majlis iftar bersama asnaf peringkat DUN Titi Serong bertempat di Dataran Amanah, Bagan Tiang dekat sini.

Majlis ini dihadiri oleh Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf Rawa dan isteri, Zuraida Husin, Penasihat Pusat Khidmat , Ahmad Bahtiar Arshad dan Penyelaras DUN Titi Serong , Mohd Adnan Razali.

Ketua Pemuda AMANAH Parit Buntar, Mohamad Nakhaei Abdul Wahab berkata , majlis ini turut dihadiri wakil 26 cawangan AMANAH dalam DUN Titi Serong.

“ Sabtu minggu lepas, majlis iftar ini di adakan di Batu 7, Jalan Baharu bagi peringkat DUN Kuala Kurau yang melibat 60 orang asnaf.

“ Minggu ini, seramai 50 orang asnaf hadir untuk berbuka puasa bersama Ahli Parlimen dan pimpinan AMANAH Kawasan Parit Buntar” katanya.

Beliau berkata, biasanya setiap tahun majlis iftar diadakan bagi meraikan anak yatim di Parit Buntar.

“ Tahun ini, majlif iftar ini diubah bagi meraikan asnaf untuk memudahkan pematuhan SOP yang ditetapkan oleh kerajaan.

“ Namun, sumbangan untuk anak yatim tidak dilupakan sebaliknya diadakan pada majlis yang lain” katanya.

Menurutnya, majlis iftar ini turut dihadiri wakil kaum Cina dan India serta wartawan.

“ Orang bukan Islam yang dijemput ini turut sama merasai perasaan umat Islam yang berpuasa dan secara tidak langsung mereka menghormati bulan Ramadan.

“Itulah indahnya bulan Ramadan yang tiada pada bulan lain dan ada orang yang mungkin tidak biasa berbuka puasa dengan rakan bukan Islam, tapi bila adanya majlis sebegini ia menjadikan hubungan itu lebih dekat dan mesra malah saling menghormati,” katanya.

Mohamad Nakhaei berharap , sumbangan yang diberikan dapat meringankan sedikit beban khususnya kepada asnaf untuk persiapan menghadapi Aidilfitri nanti.

 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )