Ustaz Azhar Idrus di Majlis Tahnik Siti Nurhaliza, lelaki ini dedah cerita sebenarnya

Ustaz Azhar Idrus di Majlis Tahnik Siti Nurhaliza, lelaki ini dedah cerita sebenarnya

Selepas kes Neelofa dan Penjual Burger meletup, mood kemarahan netizen terus membara, apa-apa isu yang timbul pasti akan diulas seberapa segera.

Selain Mufti WP, Ustaz Azhar Idrus (UAI) tidak terlepas, UAI dituduh sebagai agamawan kayangan apabila dengan mudah merentas negeri ‘untuk hadir program tahnik anak Dato K dan Dato CT’.

Berduyun-duyun lah tentera netizen menyerang, ‘dasar penunggang agama, agamawan kalis SOP’ itulah antara gelaran yang mereka lontarkan.

Padahal selepas diselidik, rupanya UAI ke sana adalah untuk program dan kuliah agama, UAI hanya pergi seorang diri, sebagaimana kebenaran SOP dan polis, dan kemudian UAI singgah di rumah ibu mertuanya.

Berkebetulan, rumah mertuanya berdekatan dengan rumah Dato’ CT, jadi Dato’ CT terus mengundang UAI, yela teruja jumpa UAI, terus lah jemput untuk mendoakan anak yang baru lahir, UAI menerima jemputan dan mematuhi SOP dalam majlis itu.

Semua itu berlaku tidak dirancang dan UAI TIDAK MERENTAS NEGERI untuk ke program Dato’ CT semata-mata, jadi tuduhan netizen yang menyatakan UAI merentas negeri bagi menghadiri program tahnik, aqiqah dan maulid Dato CT tidak tepat.

Itulah yang setakat saya dimaklumkan.
Jadi, penting untuk kita bertanya dahulu sebelum membuat apa-apa andaian.

Sekadar memperbetulkan apa yang tidak betul berhubung perkara itu. Selebihnya boleh tanya lanjut UAI atau orang terdekat.

Semoga Allah merahmati kita di 10 malam terakhir Ramadan.

Muhammad Husaif Mamat.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )