Lan Pet Pet bikin gempar lagi, kali ini gaduh dengan Food Rider

Lan Pet Pet bikin gempar lagi, kali ini gaduh dengan Food Rider

Video pelawak popular, Lan Pet Pet memukul seorang lelaki dipercayai penghantar makanan menarik perhatian netizen selepas tular di media sosial sejak malam tadi.

Menerusi video yang dirakam pengguna jalan raya ini, pelawak dan pelakon dari kumpulan Senario itu dilihat merangkul leher lelaki terbabit dan memukul kepalanya.

Dalam masa sama, Lan turut ditenangkan oleh tiga lagi lelaki daripada terus memukul lelaki itu dalam kejadian yang berlaku di tepi jalan raya itu.

Dalam keadaan marah, Lan turut menjerkah lelaki itu dengan kata-kata berbaur amaran, ‘hang duduk Tropicana nak tunjuk samseng kat aku. Hang tau dak aku sapa?’

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan bila dan di mana lokasi kejadian itu.

Sementara itu, usaha Harian Metro menghubungi Lan bagi mendapatkan reaksinya mengenai kejadian itu buat masa ini tidak berjaya.

Sebelum ini, Lan atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad, 51, mencetuskan kegemparan ramai apabila memukul seorang pengawal keselamatan, Yahya Manap atau Pak Ya, 71, pada 6 April 2019.

Dia didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Seremban pada 15 April 2019 selepas mengaku bersalah terhadap perbuatan yang dilakukan di Acacia Park Desa Jati, Nilai, Negeri Sembilan. – HM

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )