
Panas! Taikun Cina rancang ambil alih Lapangan Terbang Subang dari Kementerian Pengangkutan?
Seorang ahli perniagaan dilaporkan sedang merancang pengambilalihan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah dari Kementerian Pengangkutan.
Menurut laporan The Vibes, Tan Sri Desmond Lim Siew Choon yang merupakan pemegang saham terbesar syarkat tersenarai WCT Holdings Bhd, bakal mengguna syarikat Subang Skypark Sdn Bhd (SSSB) untuk mengambil alih dan mengendali Lapangan Terbang Subang sehingga tahun 2092.
Tawaran yang diserah kepada Kementerian Pengangkutan dianggar bernilai RM3.7 bilion, di mana RM1.7 bilion akan diguna untuk terminal penumpang dan terminal jet eksekutif yang bakal dibuka pada tahun 2027.
Baki RM2 bilion pula akan dibelanjakan dalam tempoh 10 tahun akan datang bagi membangun sebuah “bandar lapangan terbang”.
Lim menjadi pemegang saham terbesar Subang Skypark Sdn Bhd pada tahun 2018, apabila berjaya membeli 60% saham yang dimiliki oleh Tan Sri Ravindran Menon dan Datuk Aisamar Kadil Mydin Syed Marikiah.
Untuk rekod, Tan Sri Desmond pernah dikait dengan skandal 1MDB sebelum ini, apabila beg-beg tangan mewah Rosmah Mansor yang dirampas dari kondominium mewah Pavilion, didapati mempunyai nama isteri Desmond, iaitu Datin Sri Cindy Lim. – GD