
“Keselamatan Mak Cik Ropiah lebih penting” – Dr Mujahid
Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf Rawa bersama Pemuda Amanah, AWAN dan WARDA Parit Buntar serta Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Parit Buntar telah mengadakan gotong royong di rumah warga emas Rofiah Abdul Rosid, 85 di Parit Teluk Pial, dekat sini.
Berita berkenaan keuzuran rumah Rofiah Abdul Rasid tular baru-baru ini berikutan penerbitan sebuah artikel portal berita yang menimbulkan rasa tidak puas hati beberapa pihak
Dr Mujahid berkata, selepas membaca berita portal tersebut beliau terus ke rumah warga emas berkenaan meninjau kebenaran berita berkenaan
“ Apabila saya datang bertemu Mak Cik Ropiah , Saya tahu beliau telah menerima sebuah rumah baharu di Teluk Pial, Kuala Kurau oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang kini diduduki oleh anaknya
“ Namun, saya lebih melihat persoalan keselamatan Mak Cik Ropiah yang tetap mahu tinggal di rumah asalnya “ katanya ketika ditemui selepas mengadakan gotong royong membersihkan rumah dan persekitaran rumah Mak Cik Ropiah
Menurut Dr Mujahid, selepas mendapat maklumat sebenar berkenaan berita Mak Cik Ropiah , Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Parit Buntar telah mengadakan menyuarat membincangkan usaha membantu Mak Cik Ropiah
“ Isu yang lebih penting bagi kami ialah keselamatan Mak Cik Ropiah berikutan dinding dapur yang terkopak dan lantai yang reput
“ Kami telah mengantikan dinding dapur dan lantai rumah dengan yang baru supaya lebih selamat” katanya
Beliau mengucapkan terima kasih kepada Pemuda Amanah, AWAN , WARDA Parit Buntar serta beberapa orang wakil Cawangan yang hadir bergotong – royong membersihkan rumah Mak Cik Ropiah
“ Kami membersihkan kawasan dalam dan luar rumah , mengeluarkan barangan yang tidak digunakan dan memotong rumput yang agak tebal di luar rumah
“ AWAN pula membersihkan kawasan dapur yang dulunya agak berselerak, membeli beberapa peralatan yang baru “ katanya
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada seorang anak Mak Cik Ropiah yang turut bersama bergotong royong
“ Kami bersyukur dapat membantu membaiki , mengemas dan membersih rumah Mak Cik Ropiah supaya beliau lebih selesa dan selamat
“ Semoga Mak Cik Ropiah bergembira pada hari raya ini dengan sedikit sumbangan daripada pusat khidmat” katanya
Sementara itu, seorang penduduk Mohama Julkupli Haji Jamidi, 59 di Parit Tanjung Piandang yang baru dipotong kaki akibat penyakit saraf telah menerima sebuah kerusi roda sumbangan Ahli Parlimen Parit Buntar , Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa Ahli Parlimen Parit Buntar itu, telah menziarahi beliau di rumah untuk menyampaikan kerusi roda berkenaan.
Menurut Dr Mujahid, berita mengenai seorang penduduk di Parit Tanjung Piandang memerlukan sebuah kerusi roda telah diketahui melalui maklumat penduduk
“ Alhamdulillah , selepas bergotong royong di Telok Pial saya terus datang ke rumah En. Muhama Julkupli untuk menziarahinya dan menyampaikan kerusi roda
“ Semoga sumbangan kerusi roda ini dapat memudahkan beliau bergerak dengan lebih mudah mengurus diri beliau dan aktiviti harian yang lain” katanya