Komen membabi buta, Razman ditempelak!

Komen membabi buta, Razman ditempelak!

Pesuruhjaya Pas Perak dalam satu komen membabi buta di Facebook Ustaz Ridzwan Abu Bakar mendakwa pimpinan PH iktiraf Negara Israel.

Walaupun kita tahu komen dia tak pernah cerdik, namun suka untuk kita bawa alang alang dah disebut, kenyataan media Muhyiddin Yassin (PN) baru baru ini setelah berlaku serangan kejam tentera Israel terhadap rakyat Palestin , yang menyebut menyokong penubuhan negara Palestin melalui “penyelesaian dua negara” atau Two State solution.

Bukankah ini mengambarkan secara tidak langsung “mengiktiraf Israel?”

Nik Abduh pada Januari 2020, mendesak kerajaan Pakatan Harapan ketika itu MENOLAK idea Two State Solution, ini sewaktu PAS bukan lagi sebahagian dari kerajaan.

https://harakahdaily.net/index.php/2020/01/31/konflik-israel-palestin-tolak-solusi-dua-negara/

Pada bulan Ogos setelah PAS menjadi sebahagian dari kerajaan, isu ini timbul kembali di dewan rakyat.

Iaitu dua pendirian yang kontradik antara kerajaan PN dan pandangan Ustaz Hadi.

Respon Hishamudin Hussein dalam perkara ini;

“Saya pun telah bincang dengan Hadi bahawa perkara ini dibangkitkan semasa PAS berada di luar kerajaan. Maka, perkara ini akan dibangkitkan semula dan dibincangkan di peringkat parti PAS. Mudah sahaja,”

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/08/10/kekeliruan-di-parlimen-berhubung-penyelesaian-2-negara-konflik-palestin-israel/

Hishamudin sebut “telah bincang” , dan disebut pihak Pas “akan dibangkitkan semula dan dibincang diperingkat parti Pas”

Jadi apa sebenarnya pendirian PAS dalam soal Two State solution pada hari ini? Adakah Pas menyokong penubuhan dua negara iaitu Palestin yang merdeka dan Israel?

-MQ

 

CATEGORIES

COMMENTS