Wakil rakyat Pas kata tak munasabah suruh tetamu raya balik

Wakil rakyat Pas kata tak munasabah suruh tetamu raya balik

Tak ada buat rumah terbuka pun. Adalah sorang dua rakyat yang mari rumah sebagaimana hari-hari biasa rakyat mari rumah kerana pelbagai urusan.

Di sinilah dilema seorang kuli rakyat macam ambe. Tak munasabah kita nak tutup pintu dan kunci kemas kemudian suruh rakyat balik kerana ziarah raya tak dibenarkan sedangkan hari-hari lain dalam tempoh PKP selalu saja rakyat mari rumah. Juga tak munasabah rakyat berdekatan mari ke rumah kita tak angkat walaupun segelas air. Musim raya ini adalah juga ketupat sebiji dua walau bukan juadah penuh meja.

Lainlah kalau YB buat rumah terbuka besar-besaran dengan kehadiran ramai tetamu. Terpulang kepada tafsiran masing-masing. Selamat hari raya sahabat semua.

Dr Azman Ibrahim

CATEGORIES

COMMENTS