Gempar! Lagi kes bunuh diri, kali ini lelaki terjun dari tingkat 12 pangsapuri

Gempar! Lagi kes bunuh diri, kali ini lelaki terjun dari tingkat 12 pangsapuri

Seorang lelaki bertindak menepis tangan dua individu lain yang cuba menyelamatkannya sebelum terjun dari tingkat 12 sebuah pangsapuri, di Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur di sini hari ini.

Video detik-detik kejadian berdurasi 26 saat tular di laman sosial memaparkan dua individu lain cuba menyelamatkan mangsa dengan menarik tangannya, namun mangsa menepis pegangan tersebut lalu terjun.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, pusat kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi menerima panggilan berkenaan kejadian itu daripada seorang lelaki sekitar pukul 2.08 petang.

“Individu berkenaan memaklumkan ada seorang lelaki (mangsa) mahu terjun di pangsapuri itu dan mangsa kelihatan berlegar-legar di tingkat 12 sekitar pukul 1.50 petang menyebabkan salah seorang saksi telah menegurnya.

“Mangsa bagaimanapun hanya tersenyum dan tiba-tiba bersenam sebelum memanjat tembok,” ujarnya dalam kenyataan sebentar tadi.

Jelasnya, tindakan mangsa menyebabkan beberapa orang awam yang berada di lokasi cuba memujuknya.

“Bagaimanapun tindakan mereka gagal apabila beberapa minit kemudian mangsa telah terjatuh dan meninggal dunia.

“Pemeriksaan ke atas tubuh badan mangsa mendapati terdapat beberapa kesan kecederaan di kepala, bahu, tangan dan kaki,” ujarnya.

Tambahnya lagi, berdasarkan maklumat penduduk, mangsa yang berusia 37 tahun dan beralamat di Tanah Rata, Cameron Highland, Pahang dipercayai bukan penghuni pangsapuri berkenaan.

Katanya, polis masih menyiasat punca kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). – Kosmo

CATEGORIES

COMMENTS