YB ‘menangis’ ikrar akan pertahan benteng terakhir nelayan Pantai Dun Titi Serong

YB ‘menangis’ ikrar akan pertahan benteng terakhir nelayan Pantai Dun Titi Serong

Sebidang tanah seluas 200 ekar milik anak syarikat kerajaan negeri di tepi pantai Tg Piandang telah diluluskan kepada sebuah Koperasi pada November 2020. Koperasi yang baru sahaja ditubuhkan pada Jun 2020 dengan modal berbayar HANYA RM4000 telah dianugerahkan tanah yang sangat bernilai tinggi dan menjadi tempat pembiakan habitat hidupan persisiran pantai.

Banyak persoalan yang mencurigakan:

1. 6 ahli lembaga pengurusan koperasi yang tiada pengalaman penternakan ikan & udang. Salah seorang ahli lembaga merupakan Pegawai khas kepada Adun bertaraf exco.

2. Keupayaan kewangan untuk memajukan projek berskala besar. (saya syak ada pihak lain yang akan ambil kesempatan).

3. Koperasi yang baru ditubuhkan 6 bulan telah dianugerahkan 200 ekar tanah.

Pada masa yang sama, nelayan pantai mengadu kepada saya tiada lagi tanah yang tinggal melainkan tanah tersebut. Yang lain sudah habis diteroka dengan perusahan kolam ikan dan udang. Orang kampung hanya mampu melihat taukey2 membawa keluar hasil ternakan tanpa ada apa2 manfaat kepada penduduk malah ada diantara mereka dipandang hina pula.

Ini JANJI SAYA. Saya akan pertahankan habis-habisan tanah ini waima nyawa saya terancam sekalipun saya tidak akan berganjak demi kepentingan nelayan MELAYU dan kelestarian alam.

Hasnul Zulkarnain

CATEGORIES

COMMENTS