Panas! Blogger UMNO dedah apa yang sebenarnya berlaku di PRASARANA

Panas! Blogger UMNO dedah apa yang sebenarnya berlaku di PRASARANA

Kenapa Pasarana tidak mengambil iktibar atas kemalangan LRT yang menyebabkan 47 cedera parah dan enam orang dalam keadaan kritikal.

Sebenar apa berlaku ini dari doa dan sumpah seranah para kontraktor , para pekerja kontrak bila majikan yang membuat kerja di Pasarana tidak di bayar wang kemajuan. Maka mereka menanggung kesan. Ada yang sudah di buang kerja kerana kontraktor sudah tidak mampu membayar gaji.

Sewajar bukan sahaja di siasat kemalangan yang berlaku tetapi Kementerian Kewangan sebagai pemilik Pasarana untuk campur tangan menyiasat kenapa Pasarana menahan pembayaran kepada kontrektor.

Panggil CEO tanpa Pengerusi dan pengurusan tertinggi siapa punya arahan. Jika CEO bersongkol.. pecat dengan segera.

Masa yang sama Tajuddin Abd Rahman patut melepaskan Jawatan Pengerusi sebagai pertanggung jawabnya.

Kemalangan LRT itu ada hikmahnya. Maka terdedahlah masalah apa sebenarnya berlaku di Pasarana.

Apa yang saya tulis ini terserah kepada Perdana Menteri mengambil tindakan. Jika dia sah mengaku bodoh.. maka tidak ada apa2 perubahan.

Sang Kelambai
Mei 25, 2021
Kuala Lumpur

Zaharin Mohd Yasin

CATEGORIES

COMMENTS