Peguam ini jawab persoalan awam, boleh ke penumpang yang tercedera saman pemilik LRT?

Peguam ini jawab persoalan awam, boleh ke penumpang yang tercedera saman pemilik LRT?

1) Boleh ke penumpang yang tercedera saman pemilik LRT?

Ya, boleh sangat.

2) Apa yang boleh diorang saman?

– Ganti rugi yuran perubatan
– Ganti rugi kesakitan
– Ganti rugi kecederaan emosi
– Ganti rugi kerugian sekiranya tidak dapat bekerja disebabkan kemalangan ini

… Dan lain-lain.

3) Berapa boleh dapat?

Susah nak cakap. Kalau nak letak harga, rasanya dalam RM5k-RM50k kot. Tapi mungkin kurang, dan mungkin lebih. Semua bergantung kepada tahap serius kecederaan dan nilai kehilangan.

4) Masing-masing kena pasang peguam ke?

Ya. Carilah peguam yang expert bab-bab saman sivil macam ni. Ada beberapa peguam yang mahir bab-bab ni, ada yang tidak. Pilih lah yang trusted.

Malah, kalau diorang guna satu peguam terus pun boleh. Saman secara kolektif. Yuran guamannya nanti pandai-pandailah deal.

5) Bila boleh saman?

Esok pun boleh. Tapi elok saman lepas dapat laporan perubatan. Bagi elok dulu luka-luka tu, baru fikir pasal hal saman menyaman ni.

6) Kalau dah ada insurans, boleh lagi ke saman?

Insurans tu insurans lah. Saman, saman lah. Dua perkara berbeza. Kita boleh dapat dua-dua.

7) Kalau ada yang maut, nak saman macam mana?

Rasanya takda siapa terkorban dalam kes ni. Tapi kalaulah ada, ahli keluarga lah akan samankan.

8) Kenapa nak salahkan pemilik LRT? Ini kan kemalangan. Semua orang tak jangka ini boleh berlaku.

Sebab benda tak jangka lah, kita nak saman orang yang perlu bertanggungjawab. Kalau sebut kemalangan, semua orang tak jangka. Jadi, kita perlu timbulkan soalan:

i- Betul ke benda ni tak jangka?
ii- Dan kalau betul ia kes yang tak dijangka, siapa perlu ambil langkah pencegahan?
iii- Orang yang perlu ambil langkah pencegahan tu, betul ke dia ambil langkah pencegahan?

Kalau syarikat dah ambil langkah pencegahan sepenuhnya, tetapi insiden masih berlaku, kemungkinan mereka boleh terlepas.

Tapi kalau terbukti yang syarikat tak ambil langkah pencegahan sepenuhnya, maka, mereka bersalah.

9) Kalau penumpang yang tak cedera fizikal, tapi dia trauma. Boleh saman tak?

Boleh. Tapi ganti ruginya mungkin taklah sebanyak yang cedera fizikal.

10) Sampai bila mangsa boleh saman?

Tempoh mangsa kemalangan boleh saman adalah 6 tahun lepas kemalangan. Lepas 6 tahun, saman susah nak dilayan.

Kita doakan agar kesemua penumpang dalam keadaan selamat, sejahtera, tidak alami kesusahan dan dipermudahkan urusan.

Moga kesemua dapat keadilan sewajarnya.

Mufarwa Farid

CATEGORIES

COMMENTS