Pemuda ini desak Pengerusi PRASARANA letak jawatan, perlu bertanggungjawab kemalangan koc LRT

Pemuda ini desak Pengerusi PRASARANA letak jawatan, perlu bertanggungjawab kemalangan koc LRT

Sebaran segera berhubung kemalangan koc LRT Laluan Kelana Jaya.
====================================
Hari ini negara digemparkan dengan kemalangan yang melibatkan 2 buah koc LRT Laluan Kelana Jaya dengan 213 penumpang dilaporkan berada dalam koc tersebut.

2. Media Astro Awani juga melaporkan seramai 47 penumpang cedera parah dan bakinya cedera ringan.

3. Operasi menyelamat dilakukan secara bersepadu dan penuh berhati-hati dengan melibatkan pelbagai agensi penyelamat yang berhampiran.

4. Mengikut rekod insiden kemalangan LRT ini adalah yang pertama dalam sejarah LRT yang sudah berkhidmat sedari tahun 1996 yang lalu.

5. Ironinya ketika Buletin Utama TV3 baru sahaja menyiarkan kejayaan PRASARANA membeli koc baru dalam usaha menambahbaik fasiliti sedia ada, tanpa disangka berlaku pula kemalangan melibatkan 2 koc LRT Laluan Kelana Jaya.

6. Justeru, saya memohon kepada kerajaan satu siasatan terperinci dibuat bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan ini samada ia berpunca daripada kesilapan manusia atau sebaliknya.

7. Sementelah itu juga satu audit perlu dilakukan bagi memastikan kesiapsiagan segala koc LRT agar dapat berfungsi dengan baik demi mengelak kejadian yang sama berulang pada masa akan datang.

8. Oleh itu saya juga menggesa Pengerusi PRASARANA meletak jawatan sebagai satu tanda kebertanggungjawaban terhadap kemalangan ini.

Semoga kemalangan seperti ini adalah yang pertama dan terakhir dalam sejarah LRT negara kita.

Yang benar,

Mohd Ikhmal bin Mohd Iskandar
Bekas Penyelidik Kajian Pengangkutan Awam Negeri Terengganu.
BBA (Hons) Transport, UiTM
DBS (Transport) UiTM

24 Mei 2021

#LRTBertembung #KemalanganLRT

CATEGORIES

COMMENTS