Terkini! Pesawat risikan I5R43L dikesan berada di Singapura

Terkini! Pesawat risikan I5R43L dikesan berada di Singapura

Sebuah pesawat yang dimiliki firma pertahanan Israel semalam dikesan berlegar di udara sekurang-kurangnya empat jam di ruang udara sebelum mendarat di pangkalan udara tentera Singapura, bakal mengundang ketegangan antara negara itu dengan beberapa negara jirannya di wilayah ini ketika sentimen anti-Israel kembali memuncak.

Menurut laporan jurnal berita Defense Security Asia, pesawat Boeing 737-400 dengan nombor pendaftaran 4X-AOO itu dimiliki Israel Aerospace Industries-Elta (IAI-Elta), sebuah syarikat kontraktor utama Tel Aviv yang memiliki kepakaran dalam risikan selain sistem elektronik bagi kegunaan keselamatan.

Jurnal tersebut juga mengandaikan pesawat itu mungkin membawa radar sensitif dan peralatan pengintipan.

“Mungin ia sedang menguji suatu sistem yang baru” katanya dan menambah pesawat itu turut dikenali sebagai pesawat uji kaji atau “test-bed”.

Selain itu ia turut digunakan “bagi membangunkan isyarat risikan pantauan maritim (maritime patrol signal intelligence), gambaran risikan menggunakan radar bukaan sintetik (synthetic aperture radar) dan penggera awal pesawat udara dan panduan penerbangan,” selain pertahanan peluru berpandu untuk pesawat komersial.

Pemeriksaan terhadap jejak pesawat melalui Flightradar24 mengesahkan kehadiran pesawat itu di Lapangan Terbang Paya Lebar, sebuah bekas pangkalan tentera udara Amerika Syarikat.

Kehadiran pesawat Israel itu di Singapura menarik perhatian ramai, hanya seminggu selepas Putrajaya berkata ia memandang serius sebarang ancaman terhadap pegawai-pegawai Hamas warga Palestin yang tinggal di Malaysia dan beberapa laporan mengenai ancaman serangan Israel melalui ejen-ejennya.

“Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama agensi-agensi keselamatan lain telah meningkatkan kawalan keselamatan dari semua aspek bagi memelihara ketenteraman awam dan keselamatan rakyat Malaysia, termasuk warga Palestin yang berada di dalam negara,” kata Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin.

Singapura memiliki hubungan diplomatik dengan Israel selepas mengumumkan keluar daripada Persekutuan Malaysia.

Ia juga membangunkan pasukan ketenteraannya dengan menggunakan model dari negara Yahudi itu.

Ketegangan turut terjadi sebelum ini mengenai hubungan rapat negara itu dengan Israel.

Pada 1986, lawatan Presiden Israel Chaim Herzog ke negara itu mencetuskan tunjuk perasaan besar-besaran di Malaysia dan Indonesia, dua buah negara yang merupakan penyokong kuat perjuangan rakyat Palestin.

Lawatan serupa Perdana Menteri Benjamin Netanyahu ke Siangpura empat tahun lalu bagaimanapun tidak mencetuskan tunjuk perasaan yang kuat di wilayah ini.

Sokongan Singapura kepada Isral ditunjukkan ketika ia enggan menyokong lantikan Palestin sebagai negara pemerhati di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ketika bersidang pada 2012. – MN

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (25)
  • comment-avatar

    This was great! I would like you to clean up all this spam though

  • comment-avatar

    Terkini! Pesawat risikan I5R43L dikesan berada di Singapura
    ajbpczcwyb
    jbpczcwyb http://www.ga2o0m04t78s965u7c8z19diw1r95tcks.org/
    [url=http://www.ga2o0m04t78s965u7c8z19diw1r95tcks.org/]ujbpczcwyb[/url]

  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar

    Just desire to say your article is as astonishing. The clarity in your post is simply spectacular and i could assume you’re
    an expert on this subject. Fine with your permission let me
    to grab your feed to keep updated with forthcoming post.
    Thanks a million and please carry on the rewarding work.

  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar

    What’s up to all, it’s truly a good for me to visit this web page, it contains precious Information.

  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • Disqus ( )