Panas! Pemuda ini dedah lonjakan gelombang ke-4 Covid-19 bermula dari kluster pendidikan, di sinilah bermula kes sporadik

Panas! Pemuda ini dedah lonjakan gelombang ke-4 Covid-19 bermula dari kluster pendidikan, di sinilah bermula kes sporadik

1- Mungkin ramai dari kita terlepas pandang, Sebenarnya lonjakan kes dalam gelombang ke 4, disebabkan jangkitan dalam kluster pendidikan.. Itu sebabnya Singapura menutup semua Pembelajaran di Sekolah mereka minggu lepas, walaupun ketika itu hanya 11 kes berlaku dalam Komuniti.. mereka dapat belajar dari kes di Malaysia..

2- Di Malaysia, Menteri pendidikan dan Kerajaan seolah olah cuba menutup sebab utama ini.. Jangkitan melonjak terutama selepas sesi pembukaan pembelajaran Sekolah Menengah terutama Asrama bermula 4 April 2021 Selepas Cuti Sekolah dan Program Kenduri Kendara..

3- Aku sendiri seawal April di Ipoh, Dah dengar dari guru sendiri ada Jangkitan di Sekolah melibatkan Guru dan Murid, Tetapi ianya cuba ditutup pihak sekolah.. Aku dah tulis lonjakan di Kelantan disebabkan Kluster di Asrama, Pondok dan Mahaad Tahfiz yangakhirnya tersebar dalam komuniti…

4- Dan akhirnya bila kes Melonjak, Menteri seolah berlakon untuk menutup sektor pendidikan disebabkan kes Melonjak dalam komuniti..Sedangkan ia berpunca dari kegagalan dasar Kerajaan sendiri menutup sekolah lebih awal.. aku dah tulis sebelum ini, kemungkinan kluster Asrama selepas Kluster Kilang bila sesi sekolah melibatkan Asrama dibuka..

5- Bayangkan Cuti Sekolah akhir Mac 2021, Dalam cuti Sekolah bukan hanya Nealofa dan Siti Nurhaliza dalam program Tahnik dia yang buat kenduri..Berapa ramai dari kalangan rakyat yang terlibat dalam program dan aktiviti kenduri Kendara..Hingga kan Mufti Agama yang takda kaitan dengan Selebriti sibuk terlibat sama..

6- Itu sebabnya pada bulan Mac ketika Sekolah, aku sudah ingatkan..Biar Sekolah dibuka di Lokaliti setempat terlebih dahulu, terutama Zon Hijau.. Pembukaan Asrama ditangguhkan.. Mengapa ianya bahaya ? Bila Ibu Bapa menghantar anak mereka ke Asrama, Ia membuka ruang aktiviti rentas Negeri terutama dari Zon merah masuk ke Zon Hijau..

7- Lebih teruk lagi membaca laporan, pihak polis mengatakan tidak perlu kebenaran rentas Negeri untuk hantar anak ke Asrama.. Disini membuka ruang ramai yan merentas Negeri.. bermulanya sebaran wabak Covid-19 masuk dalam Komuniti dan merebak dikawasan Hijau..

8- Jika Kementerian pendidikan bijak, Sudah pasti Cuti/taqwim sekolah dihujung Mac itu ditunda ke Bulan Ramadan bagi mengelakkan sebarang ativiti kenduri Kendara, Aktiviti rentas Negeri, dan Ketika itu cuti boleh bersambung sehingga habis Ramadhan.

JADI KENAPA BANYAK KES SPORADIK ?

9- Jika duluan dan sampel di Kelantan, Seperti aku tulis sebelum ini Ia disebabkan berlaku jangkitan dalam Komuniti disebabkan Kluster Asrama dan Pendidikan seperti Madarasah, Pondok dan Mahhad Tahfiz, Satu kluster besar di Kota Bharu berpunca dari seorang Guru Tahfiz..

10- Bayangkan, anak murid dan Pelajar yang mungkin dijangkiti tidak menunjukkan Simptom, tidak bergejala ‘asymptomatic’.. Mereka mempunyai Imun yang kuat seperti mereka yang menerima Vaksin..Mereka inilah menjadi faktor penularan dalam komuniti, akhirnya menjangkiti kepada ahli keluarga dan akhirnya merebak dalam kluster Tempat Kerja..

Pelajar ini mungkin sudah pulih dan diuji Negatif, Tetapi ahli keluarga mereka dijangkiti ditakrifkan sebagai kes Komuniti dan Sporadik.. Jadi aku jangkakan sebenarnya Kluster pendidikan sebenarnya jauh lebih besar dari kes yang dilaporkan KKM..

11- Cuba kita bayangkan, Budak sekolah, Pelajar IPT yang pulang berhari raya sejak 7 Mei 2021 ke Kampung masing Masing, Apakah Gelombang hari ini berpunca dari mereka ?

Semalam sudah wujud Kluster di sebuah Kolej di Melaka sehingga 14 orang Positif selepas pulang dari cuti hari raya..Jika Pelajar itu mampu menjangkiti pelajar yang lain, Agaknya bagaimana dengan Ahli keluarga mereka..dan akhirnya ibu bapa mereka menyebarkannya ke Tempat Kerja.. Jadi faham kan ?

12- Jadi Faham kah kita, Semua ini terjadi disebabkan kegagalan dasar Kerajaan dan Kesalahan besar Menteri Pendidikan.. Mereka cuba menutup kegagalan mereka membekalkan komputer riba kepada Pelajar tahun lalu dengan membuka sesi persekolahan secara tergesa gesa ketika kes melebii 2 ribu.. Dan akhirnya mencetuskan Gelombang Baru..

13- Sepatutnya Sebelum Pengerusi Prasarana di Pecat..Terlebih dahulu Perdana Menteri Interim era Dharurat memecat dahulu Menteri Pendidikan..Percayalah.. Gelombang ke 4 berpunca dari Kluster Pendidikan.. 🙂

Ipohmali

Ahmad Muslim Badawi

CATEGORIES

COMMENTS