Pemuda ini dedah kekurangan dan kepincangan misi bantuan Ebit Liew

Pemuda ini dedah kekurangan dan kepincangan misi bantuan Ebit Liew

3 kelebihan dan kekurangan UEL dalam setiap misi bantuan beliau:

KELEBIHAN;

1- Rasa simpati yang tinggi pada golongan yang memerlukan, lebih-lebih lagi buat saudara di Gaza. Sikap begini patut dicontohi kita semua.

2- Pantas buat kerja, terus bergerak dalam melaksanakan misi kebajikan buat masyarakat. Khidmat yang cepat ini sangat membantu golongan sasaran yang dalam kesusahan.

3- Follower yang sangat ramai memberi sokongan moral serta menyumbang untuk kerja dakwah dan kebajikan beliau. Ini akan membolehkan beliau bertindak segera bagi menyediakan barangan keperluan.

KEKURANGAN;

1- Beraksi sendirian dalam misi kebajikan, khasnya di Gaza, sedang dalam masa yang sama ada puluhan NGO saling berganding bahu menggerakkan bantuan ke sana.

2- Main terjah terus tanpa bertanya pada orang yang lebih arif tentang sesuat tempat. Ini terbukti pada misi-misi beliau yang lepas hingga timbul perbalahan besar kalangan netizen.

Ustaz Nadir dari Gaza telah hantar proposal tentang kaedah penghantaran bentuan ke sana, tapi tak berbalas. Sedar-sedar beliau dah sampai Mesir.

3- Mungkin kerana dah ramai follower menyebabkan beliau suka redah ke mana saja, kerana beliau tahu akan ada netizen yang bekap beliau, والله أعلم

Apa yang baik dari UEL kita wajar contohi, dan apa yang kurang baik kita tegur untuk kebaikan yang berpanjangan buat beliau.

Saya mohon mencadang!

Alif Mahari

CATEGORIES

COMMENTS