
Terkini! Surat MITI sudah tak laku bermula esok, kata Ismail Sabri
Kerajaan memutuskan bahawa semua surat yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) hanya sah sehingga 31 Mei 2021 sahaja.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bermula 1 Jun 2021, semua surat kebenaran merentas negeri dan daerah bagi operasi perlu dan kritikal mestilah dimohon melalui kementerian yang berkaitan.
Contohnya, untuk menghantar bekalan ikan dari Lumut ke Kuala Lumpur, surat akan dikeluarkan oleh Kementerian Pertanian dan Makanan (MAFI).
Bagi pasangan jarak jauh pula, mereka tidak dibenarkan merentas negeri dalam tempoh dua minggu pelaksanaan lockdown penuh.
Senarai Perkhidmatan Perlu:
1. Makanan dan Minuman
2. Perubatan dan kesihatan
3. Air
4. Tenaga
5. Keselamatan
6. Pengurusan Sisa Pepejal
7. Pengangkutan
8. Perkhidmatan Pelabuhan
9. Komunikasi
10. Perbankan
11. Perkreditan
12. E-dagang
13. Pengeluaran Bahan Api
14. Hotel & Penginapan (Kuarantin)
15. Pembinaan & Penyelenggaran
16. Perhutanan
17. Logistik
Perinician akan diumumkan
Semua sektor perkilangan adalah TIDAK DIBENARKAN
Kecuali sektor:
1. Aeroangkasa
2. Makanan & Minuman
3. Pembungkusan Pencetakan
4. Penjagaan diri & cuci
5. Perubatan dan kesihatan
Kesemuanya ada 12 sektor (60% kapasiti pekerja)
Shopping mall DITUTUP kecuali:
Bahagian Makanan, Kedai Makanan & Restoran, Farmasi
Dobi, Kedai Cermin Mata, Kedai Hardware, Bengkel, e-Dagang adalah DIBENARKAN. – MR