Panas! Selepas teruk dikecam netizen, menteri akhirnya terpaksa umum tutup operasi kilang arak serta merta

Panas! Selepas teruk dikecam netizen, menteri akhirnya terpaksa umum tutup operasi kilang arak serta merta

Kerajaan hari ini mengarahkan semua kilang minuman keras menutup operasi mereka serta-merta.

Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob berkata dengan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0 sekarang semua sektor perkilangan memang ditutup kecuali 12 kategori.

Katanya walaupun kebenaran beroperasi diberikan kepada kilang-kilang yang berasaskan makanan dan minuman, namun ia hanyalah untuk keperluan asas sahaja.

“Oleh yang demikian, kilang minuman keras tidak termasuk di dalam kategori keperluan asas.

“Sehubungan itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini bersetuju supaya semua kilang-kilang minuman keras di seluruh negara ditutup serta-merta,” katanya dalam kenyataan petang ini.

Dalam tempoh pelaksanaan PKP 3.0 sekarang kerajaan menguatkuasakan sekatan pergerakan penuh mulai tengah malam tadi dan akan berlanjutan sehingga sekurang-kurangnya 14 Jun ini.

Langkah itu dibuat ketika negara berdepan peningkatan mendadak kes baru Covid-19 serta jumlah kematian yang semakin membimbangkang.

Sejajar dengan itu pelbagai sektor ekonomi dan sosial ditutup kecuali yang mendapat kebenaran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti).

Sejak semalam tular di media sosial sekeping imej menunjukkan sekeping surat didakwa dikeluarkan Miti yang memberi kebenaran operasi kepada sebuah syarikat pengeluar arak.

Berdasarkan kenyataan dipaparkan pada surat itu, syarikat terbabit diberi kebenaran kerana terletak di bawah kategori pembuatan makanan dan minuman.

Ia kemudian mengundang bantahan pelbagai pihak sama ada dalam kerajaan atau sebaliknya.

Bagaimanapun kesahihan surat berkenaan tidak dapat disahkan sehingga kini.

Untuk rekod keputusan itu bukanlah yang pertama dibuat kerajaan Perikatan Nasional.

Semasa PKP dilaksanakan kali pertama pada 18 Mac tahun lalu kerajaan turut membatalkan kebenaran yang diberi kepada kilang pengeluar arak.

Pada 5 April Malaysiakini melaporkan sepucuk surat dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang memberi pengecualian kepada syarikat arak Heineken Malaysia Bhd untuk beroperasi tular di media sosial.

Pada surat bertarikh 31 Mac yang dilihat Malaysiakini itu, KPDNHEP membenarkan syarikat pembekal bir berkenaan beroperasi susulan permohonan yang dibuat mereka pada 24 Mac.

Ketika dihubungi sumber Heineken mengesahkan ketulenan surat itu.

Bagaimanapun selepas isu itu dilaporkan media dan menarik perhatian ramai mesyuarat khas kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin memutuskan untuk membatalkan kelulusan operasi dua kilang arak terbabit.

“Kami telah buat keputusan bahawa kelulusan yang diberikan itu adalah terbatal atau dibatalkan,” kata Ismail Sabri.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/577138

CATEGORIES

COMMENTS