Terkini! Kerajaan sediakan peruntukan RM6 juta untuk program Hiburan Dari Rumah, kata menteri

Terkini! Kerajaan sediakan peruntukan RM6 juta untuk program Hiburan Dari Rumah, kata menteri

Sebanyak RM6 juta disediakan untuk menjayakan program Hiburan Dari Rumah (HDR) yang dilaksanakan di bawah Pakej Rangsangan Industri Kreatif Malaysia (Prisma).

Menteri Komunikasi dan Multi Media Datuk Saifuddin Abdullah, memaklumkan seramai 960 orang pengiat muzik akan terlibat dalam Program HDR yang dilaksanakan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 kali ini.

Saifuddin menjelaskan ramai penggiat seni muzik akan memperolehi manfaat daripada program HDR yang dilancarkan pada Selasa.

“Mereka (penggiat muzik) ini kalau nak dipecahkan ada 487 orang penyanyi, 172 pemain gitar, 104 orang pemain bass, 93 orang pemain drum, 80 orang pemain keyboard dan ada 24 dalam beberapa kategori yang lain,” katanya ketika berucap di majlis penyerahan surat tawaran Dana Kandungan Digital Muzik (DKD Muzik) Tahun 2021 bagi Program HDR.

Beliau menjelaskan, pihaknya sedar tidak akan dapat memenuhi semua permintaan namun sekurang-kurang telah memulakan langkah membantu pengiat seni muzik.

“Kita mahu habiskan duit itu secepat mungkin, walaupun kita target untuk sehingga 31 Disember ini tapi kita jangan tunggu sampai 31 Disember,

“Jadi proses-proses permohonan yang berikutnya itu boleh diteruskan sekarang,” katanya lagi.
Saifuddin berharap program HDR ini sedikit sebanyak dapat memberi sedikit suntikan kepada penggiat seni muzik tanah air.

Sumber: https://www.astroawani.com/berita-hiburan/rm6-juta-disediakan-untuk-program-hiburan-dari-rumah-saifuddin-301031?fbclid=IwAR2MQD8cplcuKRyhTISyXZhdL47m2gX64HSQfTnmCvjNBYZVlL0iQ4qkExI

CATEGORIES

COMMENTS