
Vaksinasi : Pemuda ini dedah kerajaan PN tersalah strategi, tak belajar dari kejayaan UK dan kegagalan India
Kelmarin UK buat pertama kali tidak merekodkan Kematian setelah gelombang varian baru melanda UK selepas percutian Krismas.. Tetapi apakah Kejayaan itu disebabkan Vaksin.. ? Ketika ditanya kepada PM UK Boris Johnson ia masih teragak agak untuk melonggarkan sekatan.. UK masih belum diuji dengan pembukaan sektor sosial..
UK Berjaya bukan sebab proses Vaksinasi saja .. Tetapi menggunakan kaedah dan Strategi yang tepat.. Ramai tidak tahu proses Vaksinasi di UK dilakukan dalam Tempoh Lockdown..Mereka mengetatkan Aktiviti Sosial.. Mereka mengepung wabak dengan penjarakan Sosial yang diamalkan.. Itu sebab depa berjaya..itulah strategi Amr Al A’sh berjaya keluar dari wabak amwas di Syam..
Di UK, Strategi mereka, Selain Frontliner.. mereka mengutamakan kelompok Tua, Mereka yang Sakit dan beresiko.. Malang di Malaysia.. Ramai yang berbangga sudah divaksin, Yang beratur panjang..ramainya orang muda.. Malah portal untuk Vaksin Astra Zeneca direbut kebanyakan oleh mereka yang tidak Beresiko..Disinilah Gagalnya Kerajaan tebuk atap hatta Khairy Jamaluddin..
Kelompok anti Vaksin bukanlah ancaman jika Kerajaan melakukan strategi yang Betul.. kat Negara mana pun ada kelompokA nti vaksin..Di Singapura umpamanya.. Warga tua beresiko boleh terus hadir ke pusat Vaksinasi.. Kita yang Dok Selfie dah Vaksin, semua aku tengok orang muda,..Sedangkan kematian hari ini disebabkan faktor umur dan penyakit.. kalau ada orang muda yang mati..jumlahnya masih realistik..
Bayangkan Pengacara yg menemubual Muhaidin dalam wawancara sendiri mengakui dia masih belum divaksin, Sedangkan dia kelompok Beresiko..Belum lagi sentuh kelompok seperti Food rider dan Pekerja Kilang yg mencetuskan Kluster..Dalam wawancara itu sendiri terlihat jelas kegagalan Kerajaan..
Mungkin ramai tidak tahu, India antara pengeluar terbesar Vaksin-19 terutama Vaksin Astra Zeneca vaksin yg sama diguna di UK… Dan antara Negara yang terkehadapan dalam proses Vaksinasi.. Tetapi gelombang besar melanda negara itu setelah kejayaan mereka melakukan Vaksinasi hampir 10% pada pertengahan April.. Ketika itu lebih 100 Juta akyat India sudah di Vaksin berbanding 1.3 billion populasi rakyat dia..
Akibat terlalu yakin sebagaimana PM tebuk atap menganggap Vaksin sebagai Ubat.. Mereka membuka sektor sosial seluas luasnya.. terutama gelombang yang dicetus dari Kluster Agama di India.. Maka perhimpunan besar dibenarkan…Pilihanraya tempatan diadakan sebagaimana PRN Sabah.. Akhirnya sistem kesihatan di India lumpuh..Oksigen tidak mencukupi..
Jika PM India yang menang PRU atas sentimen Ashabiyah..Rupanya tidak banyak bezanya dengan Malaysia, Malaysia juga menganggap Vaksin sebagai ubat..apa yang diucapkan Muhaidin tentang Vaksin sebelum ini ? Dia mengatakan.. Selepas proses Vaksinasi dia akan segera melakukan Pilihanraya.. Dia hanya jadikan vaksinasi sebagai Alat Politik.. Bukan keselamatan Rakyat..
Apalagi kata PM Muhaidin ? Siapa yang sudah cukupkan Vaksin 2 kali..Mereka akan dibenar kesana kesini, Dan merentas Negeri.. Inilah kegagalan besar PM Muhaidin, Yakin dengan proses Vaksin segalanya akan selesai.. Kes akan menurun.. Mereka sendiri tak faham..
Akhirnya Muhaidin melonggarkan aktiviti Sosial, Kenduri besar dibenarkan..di Kedai makan Bebas makan beramai ramai..Aktiviti Kuliah perkumpulan dibenarkan..Panggung wayang dibuka dalam keadaan proses Vaksinasi tak capai 1%.. Yang paling teruk , Sekolah dan Asrama dibukan sebelum guru di vaksin.. Sebenarnya kes Sporadik berpunca dari sektor Pendidikan..
Jadi sebenarnya Gelombang ke 4 hari ini adalah disebabkan dasar Kerajaan sendiri.. Dia yang buka sektor sosial..Dia yang buka Sekolah.. Dia yang benar kenduri kendara.. Pub dan Karaoke, Kasino dibuka..Jadi tak perlu salahkan Rakyat.. Rakyat hanya lakukan apa yang dibenarkan Kerajaan..
Di Vietnam, Proses Vaksinasinya Perlahan..Tetapi Kerajaan dapat mengawal wabak dengan baik.. Begitu juga Taiwan..Vaksin bukan satu satunya jalan keluar dari pandemik ini.. Kelemahan dan Kegagalan Kerajaan Tebuk atap bukan saja mengancam Rakyat, Tetapi telah membunuh dan meruntuhkan Ekonomi.. Tapi inilah Kerajaan yang dikata Mufti Utara mendapat rahmat Tuhan.. 🙂
Ipohmali
Sumber:Â https://www.facebook.com/100000353970691/posts/4242228219132269/?d=n