Bila pesawat China ceroboh ruang udara Malaysia: Jauh lebih baik dasar luar Mat Sabu berbanding Hishammuddin

Bila pesawat China ceroboh ruang udara Malaysia: Jauh lebih baik dasar luar Mat Sabu berbanding Hishammuddin

Heboh 2 minggu ni cerita pencerobohan pesawat China negara yang diungkapkan secara terbuka sebagai Elder Brother(Big Brother) oleh Hihsamuddin dalam kunjungan dia ke China dalam sidang media bersama Menteri Luar China Wang Yi..

Itu belum dikira kebenaran ruang udara diberika kepada Pesawat Israel dalam ketika hanya isu kezaliman israel kepda Palestine.. Sepatutnya, Masa kezaliman memuncak inilah kita tunjukkan sikap tegas, Sekurang kurang mencontohi Indonesia..

Mat Sabu mungkin tak fasih berkomunikasi..Berbahasa Inggeris dengan baik.. Apalagi Mat Sabu tak lahir dari keluarga Bangsawan , dari keluarga Perdana Menteri Seperti Najib dan Hishamuddin..Setidaknya tidak ada ungkapan yg keluar menjatuhkan Maruah Malaysia dengan memanggil Negara komunis China sebagai “Big Brother”..Setidaknya lebih bijak dalam dasar luarnya..

Ketika Mat Sabu jadi Menteri Pertahanan, Banyak tindakan dan Ucapan Mat Sabu jauh lebih bermaruah, meletakkan Negara kita dengan Sikap berkecuali (non-alignment) dan peranan sebagai kuasa pertengahan (middle power).. Tidak memihak walau beberapa keputusan Kerajaan ketika itu Kontroversi..

Ketika Mat Sabu jadi Menteri Pertahanan.. Kementerian Pertahanan menghentikan semua penyertaan ketenteraan dalam konflik di Yaman dan menarik balik tentera Malaysia yang ditempatkan di Riyadh dalam operasi menyerang negara Umaat Islam di yaman. Begitu pun hubungan kedua negara cukup baik dan Bijaksana.. Saudi menghormati pendirian Malaysia.. Kedatangan Dr Wan Azizah dalam Sidang OIC masih disambut baik..

Mat Sabu ketika jadi Menteri Pertahanan, Telah berkunjung dan menjalankan hubungan Ketenteraan dan Diplomatik dengan Semua Blok Kuasa Besar, Mat Sabu berkunjung dan diberi sambutan rasmi di US, Russia, Saudi,Turki hatta Iran.. Ketika itu Malaysia dilihat sebagai negara yg dihormati.. Menjalankan hubungan baik dengan semua Negara..

Begitu juga kebijaksanaan Kerajaan Malaysia berhadapan dengan Kerajaan China, Pengaruh Robert Kuok taikun yang cukup dihormati China menjadi orang tengah bersama Daim Zainduddin dalam rundingan beberapa projek terutama mengstruktur semula hutang Negara melibatkan ECRL dengan China.. Ia berjalan dengan baik..

Tidak pernah Mat Sabu hadir ke sebuah Negara berucap dan nampak seperti Boneka berucap seperti Najib seperti Baiah Najib depan Trump yang menisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu Kota Israael dengan kata “Musuh Kamu Adalah Musuh Kami Juga” dan Ungkapan sepupunya kepada Negara Komunis China, Mereka adalah Elder Brother(big Brother)..

Mat Sabu mungkin tidak ada pengalaman..Masih banyak Kelemahan.. Tetapi tidak lah seteruk pemimpin PN hari ini..Tapi Apa boleh buat..Waktu PH memerintah, Masa itu kuat sentimen Perkauman dimainkan.. Itu yang menenggelamkan keupayaan sebenar kerajaan PH..

Tapi pemimpin ini lah dok menjerit Penyatuan Melayu Islam.. hakikat keturunan bangsawan Pahang inilah berjasa besar terhadap penubuhan pusat Judi, Kasino dan Kilang Arak…

Tapi Biasa lah…Zaman PH, Gantung Tanglung sempena raya Cina dikata mengancam Negara.. Zaman PN, Pesawat Israel melintas, Big Brother Komunis China ceroboh ruang Udara tetapi Mufti dibelah Utara bersama Anak buahnya masih senyap membisu..Depa Sedang sibuk lawan syarikat MLM Atomy selepas kempen Ashabiyah BMF depa Kecundang.. 🙂

Ipohmali

Sumber: https://www.facebook.com/100000353970691/posts/4248045448550546/?d=n

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (2)
  • comment-avatar

    This was great! I would like you to clean up all this spam though

  • comment-avatar

    I’ve been exploring for a little bit for any high quality articles or weblog posts in this sort of area .

    Exploring in Yahoo I ultimately stumbled upon this web site.
    Studying this info So i’m glad to show that I’ve a very good uncanny feeling I
    discovered just what I needed. I so much indubitably will
    make sure to do not disregard this web site and provides it a look on a relentless basis.

  • Disqus ( )