MB Kedah ditempelak, lebih utama Ford daripada Covid19

MB Kedah ditempelak, lebih utama Ford daripada Covid19

KENYATAAN RASMI PEMUDA AMANAH NEGERI KEDAH

6 Jun 2021 | Ahad

1. Kelmarin tular di media sosial yang mana Menteri Besar Kedah telah merentas negeri ketika PKP 3.0 telah dilaksanakan di seluruh negara. Perbuatan ini jelas menunjukkan sikap ‘double standard’ dalam pematuhan SOP yang mana saban hari kes positif dan kematian ditahap kritikal di negara kita.

2. Lebih menghairankan seorang Menteri Besar yang terlalu banyak sangat ‘kebetulan’ berkata beliau dalam perjalanan urusan kerajaan negeri telah kelihatan oleh netizen sedang memandu uji Ford Raptor di Auto City, Juru Pulau Pinang. Disaat beliau sendiri menyarankan PKPD di Kota Setar sebelum ini dan meminta rakyat negeri Kedah duduk dirumah dan patuhi SOP. Pepatah mengatakan ‘Siakap senohong, gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama jadi pencuri’

3. Adakah secara kebetulan kelibat beliau ini menunjukkan sikap keprihatinan sebagai pemimpin nombor satu Kedah terhadap masalah rakyat dan masalah negara yang dihadapi sekarang? kalau ia pon tunggulah masa yang sesuai selepas perintah PKP ini tamat. Kedengaran di pelusuk negeri sana sini ada rakyat yang kais pagi makan pagi kais petang belum tentu untuk mencari sesuap nasi.

4. Sikap beliau jelas sama sekali tidak mencerminkan akhlak seorang pemimpin yang bermainkan slogan Kerajaan Islam Nikmat Untuk Semua. Apa nikmat yang rakyat dapat berbanding beliau mempu ke sana sini dan bermewahan dengan hasil ‘pengkhiantan’ yang telah dilakukan?

5. Sebelum ini tular berkenaan isu Toyota Wellfire milik Syarikat Air Darul Aman (SADA) yang dibeli dengan harga tidak munasabah. Rakyat Kedah terlalu letih dengan isu air yang sekian lama membelenggu dan tidak nampak jalan penyelesaian sehingga kini. Tidak cukup masalah air, masalah balak semakin hari semakin tidak dapat dibendung.

6. Mana perginya bantuan daripada Kerajaan ketika PKP 3.0 dilaksanakan ini. Seorang rakyat yang Sik terpaksa meminta bantuan dihalaman media sosial demi sesuap nasi telah tular baru-baru ini menunjukkan Menteri Besar Kedah gagal mentadbir urus berkaitan perihal ini membantu rakyat. Lebih menyedihkan rakyat tersebut berada di kawasan beliau.

7. Situasi berbeza di Selangor yang mana Menteri Besarnya duduk semeja memikirkan perihal untuk menyelesaikan masalah penularan Pandemik Covid-19 dan pakej-pakej ransangan untuk membantu rakyat negerinya yang terkesan dan yang memerlukan.

8. Pemuda AMANAH Negeri Kedah meminta penjelasan daripada Menteri Besar Kedah berkaitan perihal ini dan menggesa pihak berkaitan PDRM, KKM mengambil tindakan menyiasat perkara ini dan kompaun perlu dikenakan sekiranya benar kerana undang-undang tidak mengira pangkat dan rupa. Bak kata pepatah kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak.

MOHD RIDZWAN ARSHAD AHMAD
Ketua Pemuda AMANAH Negeri Kedah

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )