
Pemberian vaksin untuk rakyat: Tiada keselarasan sesama menteri, bukti kerajaan PN gagal, kata Hasanuddin
Parlimen telah meluluskan bajet RM3B untuk vaksinasi 70% penduduk Malaysia. Di luar Parlimen, diumumkan tambahan RM2B lagi dengan sasaran 80% penduduk. Ini bererti RM5B dibelanjakan, tidak termasuk tambahan-tambahan lain di luar pengetahuan Ahli-Ahli Parlimen.
Kami mendesak agar sasaran 80% penduduk Malaysia divaksinasi dapat dipercepatkan. Kami kecewa dengan kecelaruan dan kelembapan Kerajaan menguruskan hal ini.
Pada 17 Feb. 2021, melalui kenyataan akhbar Menteri Penyelaras Vaksin, Khairy Jamaluddin memberi jaminan pekerja asing tanpa izin tidak akan ditahan apabila mereka tampil untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.
Ini bertujuan untuk memastikan terputusnya rantaian pandemik Covid-19. Kalau warganegara Malaysia sahaja yang mendapat vaksin, sedangkan di sekeliling kita masih ada warga asing yang tidak divaksin, kita tidak akan mencapai imuniti kelompok (herd immunity) dan wabak ini akan terus membunuh.
Tan Sri Dr. Noor Hisham pernah menyatakan bahawa masalah Covid-19 meningkat di Sabah tahun lalu berpunca daripada PATI.
Kerajaan telah membelanjakan berbilion ringgit wang rakyat, namun Kerajaan sendiri mengeluh berlaku kelembapan proses vaksinasi disebabkan pelbagai alasan, antaranya rakyat tidak hadir ke pusat vaksin. Bukan semua orang mahir menggunakan aplikasi internet.
Sistem IT dan My Sejahtera yang bernilai 70 juta dilihat gagal mempercepatkan vaksinasi untuk rakyat Malaysia. Bagaimana pula hendak mengurus pemberian vaksin untuk warga asing dan PATI?
Langkah untuk menahan PATI di saat pelbagai SOP yg mengelirukan dan ketika “𝗹𝗼𝗰𝗸𝗱𝗼𝘄𝗻” dilaksanakan akan lebih menakutkan mereka. Ini tentunya menyebabkan mereka terus bersembunyi dalam komuniti dan keluar bergaul dengan kita tanpa disedari. Keadaan begini lebih merbahaya dalam jangka masa panjang.
Jika kerajaan ingin meneruskan penahanan PATI, beberapa perkara perlu diambil kira:
1. Adakah penguatkuasa pelbagai agensi kini bersedia dalam keadaan tiada penambahan anggota baru di Imigresen dan Jabatan Penjara, serta menggantikan aset-aset logistik yang telah usang
2. Jika ada penambahan anggota, sudahkah kesemua mereka disuntik dengan vaksin? Bagaimana pula ahli keluarga mereka?
3. Apakah pusat-pusat tahanan mempunyai cukup kakitangan kesihatan yang dilengkapi PPE, nisbah jumlah tandas dan kemudahan lain seperti yang disyorkan oleh WHO?
4. Bagaimana pula penjarakan sosial di dalam pusat tahanan bagi menampung lebihan PATI nanti?
Apakah Kerajaan masih tidak mengambil iktibar penjara dan pusat tahanan yang telah dijangkiti Covid-19 secara meluas sebelum ini?
Pegawai dan anggota penguatkuasa sudah keletihan sejak PKP 1.0. Mereka akan lebih terdedah kepada jangkitan Covid-19 jika kebajikan dan fasiliti kesihatan untuk penjawat awam serta keluarga tidak dipenuhi.
Jangan membuat keputusan yang semberono dan kemudian mudah mengubahnya semula hingga bertembung sesama Jemaah Menteri.
Rakyat menilai bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri KDN bercanggah dengan Menteri Penyelaras Vaksin.
Kami hanya mahu Kerajaan mengurus isu PATI yang boleh menjadi salah satu mata rantaian penyebaran Covid-19 dengan bijaksana serta diikuti tindakan susulan. Bukan lepas tangan atau menyalahkan agensi lain serta mencabar Ahli Parlimen untuk mencari penaja urusan vaksinasi.
Sedarlah, kami hanya pembuat dasar, memantau kerja anda dan sepatutnya mengawal bajet.
Menjaga pusat tahanan PATI tidak semudah membeli katak yang melompat parti. Inilah bukti 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐆𝐀𝐆𝐀𝐋!
#MenJunjung30JuzukAlQuran
#RahmatanLilAlamin
#RajaDijulangRakyatDitatang
#KhadamDuniaPersilatanMelayu
#PakatanHarapan
#AmanahProgresifPeduli
𝗛𝗔𝗦𝗔𝗡𝗨𝗗𝗗𝗜𝗡 𝗠𝗢𝗛𝗗 𝗬𝗨𝗡𝗨𝗦
𝗔𝗵𝗹𝗶 𝗣𝗮𝗿𝗹𝗶𝗺𝗲𝗻 & 𝗣𝗲𝗴𝗮𝘄𝗮𝗶 𝗣𝗲𝗻𝘆𝗲𝗹𝗮𝗿𝗮𝘀 𝗣𝟭𝟬𝟭 𝗛𝘂𝗹𝘂 𝗟𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 & 𝗡𝟮𝟰 𝗦𝗲𝗺𝗲𝗻𝘆𝗶𝗵
Sumber: https://www.facebook.com/530866913702582/posts/3763905523732022/