MB Perak turun padang, lawat mangsa banjir kilat di Larut

MB Perak turun padang, lawat mangsa banjir kilat di Larut

Petang tadi bergegas ke Larut selepas dimaklumkan beberapa kawasan dilanda banjir kilat.

Antara yang terjejas ialah kawasan Ulu Sepetang di Batu Kurau serta Kampung Teras, Kampung Masjid dan Kampung Bendang Luas di Ijok.

Sempat meninjau beberapa lokasi yang dipercayai menjadi punca banjir kilat yang berlaku.

Dari pemerhatian awal, kejadian banjir kilat dipercayai akibat sistem perparitan yang tidak sempurna.

Kepada penduduk yang terlibat, saya mohon bersabar menghadapi dugaan ini.

Insya-Allah, kerajaan negeri akan menyalurkan bantuan sewajarnya untuk meringankan beban keluarga yang terlibat, Insya-Allah.

Sumber: https://www.facebook.com/736399970046124/posts/1463176540701793/?d=n

CATEGORIES

COMMENTS