Terkini! Agong titah menghadap semua ketua parti politik utama?

Terkini! Agong titah menghadap semua ketua parti politik utama?

SuaraTV difahamkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dijangka akan bertemu dengan pemimpin-pemimpin parti politik utama di negara ini pada 9-11 Jun 2021.

Menurut beberapa sumber, Baginda dijangka bertemu Presiden Bersatu yang juga merupakan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sesi pertama, diikuti dengan parti-parti lain yang mempunyai perwakilan dalam Dewan Rakyat.

Bagaimanapun sumber tersebut menyatakan ia hanyalah pertemuan bagi mendapat pandangan dan tiada sebarang perencanaan perubahan kerajaan darurat dalam masa terdekat.

Baginda juga dijangka menggunakan pertemuan tersebut untuk mendengar pandangan isu semasa dan mengenai lanjutan proklamasi darurat.

Proklamasi Darurat yang dibuat pada 12 Januari 2021 akan berakhir pada 1 Ogos 2021. Baginda dijangka akan membuat keputusan sama ada akan menamatkan Darurat atau menyambung lagi pada Julai nanti.

Terdapat pandangan Darurat wajar disambung sekurang-kurangnya sehingga 31 Disember 2021 memandangkan ancaman pandemik Covid-19 masih serius membabitkan ribuan kes sehari dan usaha vaksinasi belum mencapai 50%.

Bagi pelanjutan tempoh Darurat juga, Baginda dijangka akan mendengar pandangan Ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 yang diketuai oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria

Sumber: https://suara.tv/07/06/2021/agong-titah-mengadap-semua-pemimpin-parti-politik-utama/?fbclid=IwAR2MJ2nGckd1n0Ww1tPbwCHaQUCs0q8wuSe5IncfV5bftomVBpr6VPIaZjE

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (2)
  • comment-avatar

    This was awesome! I would like you to clean up all this spam though

  • comment-avatar

    Have you ever heard of second life (sl for short). It is basically a online game where you can do anything you want. SL is literally my second life (pun intended lol). If you want to see more you can see these Second Life authors and blogs

  • Disqus ( )