Terkini! Setiausaha Politik MB Kedah sahkan Sanusi ada ‘jengok’ kereta Ford Raptor di Auto JuruCity

Terkini! Setiausaha Politik MB Kedah sahkan Sanusi ada ‘jengok’ kereta Ford Raptor di Auto JuruCity

Ada cerita FITNAH baru tentang MB.

Kononnya MB langgar SOP PKP.

Pi test drive kereta Ford Ranger di Juru Auto City Penang.

Ni kisah sebenar yang berlaku:-

1. MB otw ke KL petang tadi ada hal mustahak. Ada seorang pemandu dan seorang anggota polis pengiring bersama MB. 3 org semuanya.

2. Pergerakan MB keluar daerah atau rentas negeri adalah dibenarkan di dalam SOP PKP kerana termasuk di dalam perkhidmatan perlu (essential service) yang dibenarkan pergerakan.

3. Dari Alor Setar, singgah di Juru sebab nak beli makanan sebelum masuk highway. RnR tutup. Beli siap-siap bekal untuk makan dalam perjalanan.

4. Kebetulan kedai tempat beli makanan di Juru tu dekat dengan show room kereta Ford. Show room tu TUTUP.

5. Ada seorang salesman duk susun kereta Ford Ranger di luar show room. MB pi jengok kereta tu. Bukan pi nak beli. Saja nak pi tengok. Minat. Kalau pi hendap-hendap satgi orang tengok pelik pulak.

6. Walaupun show room tutup, salesman tu bersopan, layan orang yang mai sambil-sambil duk alih kereta-kereta tu. Dia tau waktu ni tak boleh berniaga. SOP PKP. Orang berniaga, macam tu la.
7. Lepas siap beli makanan, MB sambung perjalanan ke KL. Ford Ranger tu duk ada kat Juru tu. Tak ikut pi sekali.

8. Tiada ‘test drive’ berlaku.

9. Kereta Vellfire yg MB naik tu mmg SADA punya. MB Pengerusi SADA. Tiada masalah untuk guna kereta itu bagi urusan rasmi. Tulisan perkataan ‘Menteri Besar Kedah’ pada kereta tu untuk memudahkan pengecaman pihak polis ketika melalui SJR.

Itulah kisahnya.

Tolong sampaikan pada akak yang ambik gambaq tu. Baguih akak ni. Rajin.

Afnan Hamimi
Alor Setar

 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar

    This was great! I would like you to clean up all this spam though

  • Disqus ( )