Mengapa tutup masjid?, kenapa tak wujudkan ‘herd immunity’ melalui vaksinasi kalangan ahli kariah masjid

Mengapa tutup masjid?, kenapa tak wujudkan ‘herd immunity’ melalui vaksinasi kalangan ahli kariah masjid

Aku pelik bilamana Masjid Ditutup tanpa jalan Keluar.. Jangankan Menteri Agama Berpuluh ribu Asatizah, Beratus Mufti dan Ahli jawatankuasa Fatwa tak mampu mencari jalan keluar bagi menghidup kan masjid, Yang mereka tahu menjaja cerita menjaja cerita agenda Dajjal, Kuffar menghancurkan Ummat Islam dengan Vaksin..

Siapa yang biasa Berjamaah, Selalunya kita akan kenal dikalangan ahli kariah yang sering datang Solat Jemaah, Selalunya muka orang yg sama, dari kalangan orang tua majoritinya.. Malah mengikut Tafsiran Enakmen Pentadbiran Islam, yg dimaksud dengan ahli kariah adalah :

“ahli kariah” ertinya seseorang yang tinggal tetap atau pada kelazimannya bermukim dalam sesuatu kariah masjid ”

Dalam Taman yang punya 20 ribu penduduk, hanya tak sampai 1% yakni 20-50 Jemaah yg hadir ke Masjid, Kalau dihitung Jumlah Masjid dan Taman, Tak mustahil terlebih dahulu untuk Kerajaan Vaksin ahli Kariah Masjid dan Isteri mereka..

Jadi ia memungkinkan solat Jemaah dirapatkan jika sudah mencapa herd Immunity dikalangan Ahli Kariah pada masa akan datang.. Boleh Saja Masjid menguruskan nama mereka, Dihantar ke Majlis Agama untuk Proses Vaksinasi.. mungkin tak sampai 1 bulan dah boleh capai Herd Immunity dengan dos kedua dikalangan kariah masjid..Banyak kes, Kluster dan kematian wujud dari aktiviti ini, Kluster(KEAGAMAAN) yang Solat di Masjid..

Mengapa Tutup rapat Masjid, Sampai pintu Pagar pun ditutup..Kenapa tak buka ruang tepi Koridor untuk orang Singgah Solat Bersendirian.. Kedai mamak pun boleh upah angota Rela, Takkan SOP semudah itu tak boleh dilaksanakan..Ketakutan dan kebodohan ini yang mencemarkan nama baik Islam..

Tapi itulah masalahnya, Masalah besar ahli kariah Masjid ini terpengaruh dengan Ustaz yang dok bagi Kuliah, Ceramah kat Masjid yang Vaksin ini agenda Dajjal, Kuffar dan Illuminati.. Sedangkan ramai dari Ustaz Jemputan ini juga menjadi punca penyebaran Wabak, Ia berlaku di Kelantan, juga Kedah dan Perak.. Dah membunuh Jamaah lain, Takda perasaan bersalah langsung ustaz Jemputan tu pun….

Tapi apa boleh buat, Ada Menteri Agama, Menteri dari Parti Agama pun tak mampu berfikir.. Yang depa sibuk, hadir Majlis kahwin Artis , sibuk usung janda artis.. Depa sendiri bukan teladan yang baik bagi Agama..Mereka ini perosak Agama.. 🙂

Ipohmali

Sumber: https://www.facebook.com/100000353970691/posts/4253653074656450/?d=n

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar

    This was awesome! I would like you to clean up all this spam though

  • Disqus ( )