Terkini! LKIM akan bawa masuk nelayan warga asing dari Vietnam dan Thailand, kata Syed Abu Hussin

Terkini! LKIM akan bawa masuk nelayan warga asing dari Vietnam dan Thailand, kata Syed Abu Hussin

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) mengesahkan pendaratan hasil laut di seluruh negara merosot lebih 10 peratus dalam menampung permintaan harian sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0.

Pengerusinya Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, keadaan itu berlaku kerana bot laut dalam kurang beroperasi akibat masalah ketiadaan pekerja warga asing khususnya tekong dan awak-awak yang tidak dapat dibawa masuk ke negara ini.

Menurutnya, pada masa sama LKIM mendapati nelayan tempatan menunjukkan reaksi kurang minat selain tidak mampu melakukannya kerana perlu berada di laut untuk tempoh yang lama antara seminggu hingga dua minggu.

“Bagi mengatasi masalah ini, LKIM sudah berjumpa dengan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan kita mendapat kelulusan untuk membawa masuk pekerja warga asing dari Thailand dan Vietnam.

“Namun disebabkan negara sedang melaksanakan PKP, jadi tiada sebarang kemasukan (warga asing) dapat dibuat dan kita membuat rayuan agar dipertimbangkan kemasukan pekerja warga asing ini melalui mana-mana pintu sempadan.

“Difahamkan, permohonan itu sedang dipertimbangkan, namun negara penghantar perlu melalui proses dokumentasi atau permohonan khusus Malaysia Travel Pass (MTP) sebelum pekerja terbabit dibenarkan masuk ke negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan 1,500 bungkus atau 1.5 tan metrik ikan sejuk beku kepada petugas barisan hadapan untuk diagihkan kepada 1,218 penduduk Taman Berkat, di sini, yang menjalani kuarantin.

Menurutnya, sebaik proses dokumentasi atau permohonan MTP selesai, LKIM akan membantu mengetengahkan permohonan mereka kepada JIM bagi membolehkan mereka masuk melalui mana-mana pintu sempadan.

“Namun, pekerja warga asing itu perlu melalui proses saringan ujian Covid-19 dan akan dikuarantin di pusat kuarantin dengan kos kuarantin ditanggung pihak syarikat atau negara pengeluar,” katanya.

Sumber: https://www.gemilangdaily.com/lkim-cadang-bawa-masuk-nelayan-warga-asing-dari-thailand-dan-vietnam/?fbclid=IwAR1XOtQUId40qHAW3Uu6aNJgN8KgbByrdqzhInge58PLWOo1hXVm-H9bbAA

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )