Menteri Kesihatan ‘dicutikan’ susulan dakwaan skandal rasuah

Menteri Kesihatan ‘dicutikan’ susulan dakwaan skandal rasuah

Menteri Kesihatan Afrika Selatan, Zweli Mkhize diberi cuti khas ekoran siasatan yang dijalankan membabitkan skandal rasuah.
Perkara itu diumumkan Presiden Cyril Ramaphosa dalam satu kenyataan dari pejabatnya.

Menteri Pelancongan Afrika Selatan akan menjadi pemangku Menteri Kesihatan, kata presiden. Skandal berkenaan melibatkan kontrak kerajaan di mana AS$11 juta dibayar kepada sebuah syarikat yang berkaitan dengan dua individu yang pernah bekerja dengannya.

Mkhize mengetuai respons COVID-19 di Afrika Selatan yang mencatat kes dan kematian paling banyak di benua Afrika.

Unit Siasatan Khas Afrika Selatan masih menyiasat kontrak tersebut dan belum mengeluarkan laporan walaupun Jabatan Kesihatan sendiri telah menggambarkannya sebagai “tidak teratur.”

Mkhize menafikan dia memperoleh apa-apa daripada kontrak berkenaan dan mendakwa dia tidak bertanggungjawab memberikan kontrak itu kepada individu terbabit.

Terdapat juga dakwaan bahawa anak lelaki Mkhize mendapat keuntungan daripadanya.

Sumber: https://www.astroawani.com/berita-dunia/menteri-kesihatan-afrika-selatan-direhatkan-susulan-dakwaan-skandal-rasuah-302280

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )