PKPD: Lelaki ini persoal Saarani ini, Menteri Besar Perak atau Menteri Besar UMNO

PKPD: Lelaki ini persoal Saarani ini, Menteri Besar Perak atau Menteri Besar UMNO

Saya menerima beberapa kiriman berkenaan PKPD di Kawasan KDAS, Jelapang Baru dan Kg Sungai Tapah. Rakyat setempat berkongsi masalah mereka dengan saya dimana mereka akur kepada arahan yang ditetapkan oleh kerajaan untuk membendung wabak covid-19 di penempatan mereka.

Cuma mereka tidak berpuas hati dengan MB Perak yang hanya datang untuk bergambar dan memuat naik kedalam media sosial untuk perjalanan politik beliau. Mereka memberitahu kepada saya apabila mereka memohon bantuan keperluan hidup kepada MB jawapan yang diberikan adalah untuk golongan yang terjejas dimana tafsirannya adalah mereka yang hilang kerja dan punca pendapatan.

Perkara ini membuatkan penduduk setempat tidak berpuas hati dimana sekarang bukan soal ada wang atau tidak akan tetapi akses untuk membeli barang keperluan hidup itu terbatas. Ada yang menghubungi saya memberitahu bahawa beliau dan keluarga sudah tidak makan selama 48jam, dan ada juga yang menyatakan bahawa mereka terpaksa berkongsi barang asas dengan jiran tetangga.

Selain itu bantuan yang disalurkan hanya tertumpu kepada Ketua Bahagian dan Ketua Cawangan UMNO semata-mata yang mengagihkan kepada ahli mereka. Kepada mereka yang bukan ahli disuruh mendesak TSMY untuk memberi bantuan sepanjang PKPD di sana. Tuan/Puan boleh lihat gambar yang saya lampirkan dimana MB hanya menyediakan beberapa kampit beras untuk bergambar dan jentera UMNO yang menyerahkan bantuan berlogo UMNO dengan baju kempen pilihanraya yang tertera ‘undilah Barisan Nasional’.

Perkara ini tidak sepatutnya berlaku dimana Menteri Besar adalah Ketua Eksekutif kerajaan negeri yang dilantik oleh Sultan bagi menjalankan khidmat beliau kepada rakyat bukan hanya kepada parti politik yang diwakili beliau. Perkara ini adalah salah, dan seolah-olah memaksa dan mengikat diri seseorang kepada sesuatu parti jika dia ingin mendapat bantuan dan habuan tertentu yang diperuntukkan untuk dirinya.

Adakah MB ingin melihat rakyatnya mati kelaparan terlebih dahulu, atau dengan sengaja membiarkan mereka kelaparan dengan harapan mereka akan tunduk dan akur kepada parti yang diwakili oleh MB. Perkara ini salah dan berbentuk penindasan ke atas sekumpulan manusia, ia amat zalim sekali, sekarang bukan masanya untuk kita berpolitik sekarang masa untuk membantu rakyat di bawah. Mereka mempunyai keluarga dan anak-anak kecil yang tidak tahu menahu tentang politik, kenapa MB ingin menghukum anak-anak kecil ini.

Biarpun ada perselisihan faham atau pergaduhan dalam komponen politik janganlah kita menghukum anak-anak kecil yang kelaparan ini. Tolonglah berhati perut dan ada sifat kemanusiaan walaupun sedikit.

-Sahabat Shafiq Halim-

Sumber: https://www.facebook.com/100051596030928/posts/326612505735281/?d=n

CATEGORIES

COMMENTS