Dana Khas PKP: Sultan Perak prihatin terhadap rakyat jelata, kata Asmuni

Dana Khas PKP: Sultan Perak prihatin terhadap rakyat jelata, kata Asmuni

Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Perak merafak sembah dan menjunjung kasih ke atas Paduka Seri Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang memperkenankan dana khas bantuan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 berjumlah RM 14.6 juta, yang disalurkan menerusi Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMPk).

Sebelum ini, Tuanku juga telah memperkenankan dana khas bantuan yang sama pada 25 Mac 2020 yang lalu berjumlah RM 11.95 juta dan ianya turut disalurkan menerusi Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMPk).

AMANAH Perak yakin bantuan khas ini akan dapat membantu mengurangkan beban masyarakat yang amat terkesan dan kurang bernasib baik dikala berhadapan dengan pandemik Covid-19 ini. Dana Khas yang diperkenankan Tuanku ini adalah tanda bahawa Tuanku dan sekalian rakyat jelata berpisah tiada.

AMANAH Perak mendoakan agar Paduka Seri Sultan Perak berada dalam perlindungan ALLAH SWT dan dikurniakan kesihatan yang sempurna serta memerintah negeri Perak dengan aman, makmur dan sejahtera.

DATO’ HAJI ASMUNI AWI
Pengerusi,
AMANAH Negeri Perak

CATEGORIES

COMMENTS