
Panas! Pemimpin UMNO tempelak ketua setiausaha sulit PM, tiba-tiba muncul video live pasal Mageran
SIAPA TUNTUT MAGERAN?
Datuk Dr Marzuki Mohammad adalah Ketua Setiausaha Sulit (KSUK) Perdana Menteri ke 8. Tiba tiba muncul video live beliau pasal MAGERAN.
Gaya macam “perutusan khas”. Apakah beliau bercakap atas kapisiti individu atau mewakili Perdana Menteri?
Beliau membidas pihak yang mahu MAGERAN dilaksanakan. Ia pernah berlaku akibat tragedi 13 Mei 1969 dan krisis politik Kelantan 1978.
Untuk pengetahuan Dr Marzuki, rakyat bukan mahu MAGERAN. Rakyat mahu darurat yang ada ini pun ditamatkan dan tidak disambung.
Kenapa tiba tiba bangkit isu MAGERAN? Mahu divert isu? Menurut Marzuki darurat sekarang lebih baik dari MAGERAN kerana kerajaan hanya laksana darurat kesihatan.
Kalau darurat kesihatan kenapa gantung Parlimen? Bahkan selepas 5 bulan, angka COVID-19 terus meningkat dan tinggi. Jelas, darurat hari ini gagal.
Dakwa Marzuki lagi, darurat kesihatan hari ini membenarkan mesyuarat Kabinet, MKN dan lain lain diadakan.
Tetapi kenapa gantung parlimen hingga apa yang kerajaan mesyuarat dan putuskan tidak ada “check and balance”.
Sumber: https://www.facebook.com/100044611321476/posts/357687842394924/?d=n