Bantuan Geran Khas Prihatin: Bukan penyelesaian ekonomi dan pendapatan, tetapi mudah tunai kepada IKS, PKS

Bantuan Geran Khas Prihatin: Bukan penyelesaian ekonomi dan pendapatan, tetapi mudah tunai kepada IKS, PKS

1- Aku tak faham dengan Menteri kewangan yang berbangga hari ini mengumumkan bantuan RM 1 ribu Geran Khas Prihatin kepada 1 Juta IKS dan peniaga kecil, Bagi aku cara Kerajaan hari ini tersasar jauh dari Matlamat utama dikala Pandemik dengan menambah kecairan Tunai dan mewujudkan Pekerjaan baru..

2- Kerajaan beri bantuan kepada IKS seperti mana mereka melayan Makcik Kiah dan Pakmat tempe, Depa taburkan bantuan Tunai seperti BPN dan BPR untuk meneruskan kelangsungan hidup.. Sedangkan cara ini sama seperti BPN, Ianya tidak bersasar dan tepat..

3- Kalau kelompok pekerja, ada dikategorikan kelompok berpendapatan tetap dan Berpendapatan harian, Begitu juga dalam Ekonomi.. Mungkin GKP ini sesuai untuk kelompok sebagaimana di Singapura meletakkan kelompok ini sebagai kelompok mereka yang bekerja sendiri (SIRS)..Iaitu mereka yang bekerja sendiri seperti Penjaja, Peniaga pasar malam dan Pasar tani..Tetapi tidak IKS dan PKS..

4- Sebagai contoh, Bukan semua yang berdaftar SSM itu aktif berniaga, Ada yang bekerja tetapi berdaftar dengan SSM, Mereka tidak menjalankan Perniagaan sepenuh masa, Malah ada yang berdaftar dengan SSM mempunyai Pendapatan dan Simpanan yang tinggi.. Sampaikan jutawan Kosmetik pun dapat GKP.. Bagi aku ini tidak bersasar dan Tepat..

5- Dalam keadaan pandemik hari ini, Sepatutnya yang menjadi tumpuan IKS dan PKS.. Mereka yang memiliki dan menyewa premis Perniagaan, Yang ada tanggungan Pekerja.. mereka ini patut dibantu, Sektor Pekerjaan dan Cukai Kerajaan bergantung kepada kelompok SME dan PKS ini melebihi 70% dari Ekonomi Negara..

6- Jadi yang penting adalah memberikan mereka akses kepada kecairan Tunai, Bila SME dan IKS ada kecairan tunai..Mereka dapat mengekalkan Pekerja.. Meneruskan Perniagaan.. dan Akhirnya mencipta Peluang Pekerjaan dan Pendapatan Baru… Ini asas yang akhirnya menghidupkan kitaran dan kuasa beli dalam pasaran dan Ekonomi..

7- Seperti mana Australia yang memberikan Mudah tunai atau geran AUD 25 ribu(RM 68 ribu), Begitu juga German yang Memberikan 30 ribu EURO kepada semua Kedai yang terpaksa ditutup ketika Lockdown.. Kenapa mereka Bantu kecairan tunai IKS, Sebab Kerajaan mereka mahu sektor Pekerjaan dan Pendapatan Rakyat diselamatkan..Bukan bantu pemilik dia untuk beli Pampers,Susu dan Roti gardenia waktu pandemik untuk hidup..

8- Sebelum ini aku pernah cadangkan Perniagaan yang punya Premis, Rumah kedai yang berniaga di Pasaraya, Kantin dan Kilang kecil seperti pemproses makanan untuk diberi Akses Pinjaman mudah(Soft Loan) pada kadar RM 25 Ribu.. dengan Syarat tidak mempunyai simpanan tunai melebihi RM 50-100 ribu.. Ianya lebih bersasar..

9- Jika 500 ribu Syarikat dibantu, Jika purata RM 25 Ribu setiap Syarikat diberikan geran dan mudah tunai.. Kerajaan baru membelanjakan RM 12.5 Billion, Lebih rendah dari bantuan Subsidi Upah bagi mengekalkan Pekerjaan.. bayangkan berapa banyak peluang pekerjaan dicipta dari 500 ribu Syarikat ini..

10- GKP ni Kerajaan dah habiskan tahun lepas dengan Bantuan RM 3 Ribu + 1 ribu+ 1 Ribu dan lagi RM 500 = RM 5500.. Kenapa tidak mudahkan bantuan pinjaman Mudah tanpa faedah atau geran RM 10-25 Ribu.. ? Tidak lah ramai yang pinjam Ah long..Masa ni lah nak hapuskan perangkap Riba..Akhirnya Kerajaan akan dapat balik pulangan dalam bentuk bayaran balik dan kitaran tunai dalam Ekonomi..

11- Katakanlah, Sebuah Kedai Francais seperti Paparich, Atau Kilang kerepek yang menggaji 10 orang Pekerja dapat terus mengekalkan Pekerja mereka disamping menyesuaikan perniagaan mereka dengan Prospek baru ketika Pendemik.. Akhirnya mereka ini dengan sendiri akan mencipta peluang pekerjaan dan pendapatan baru.. Tak perlu harapkan duit KWSP atau BPN..

12- Tapi Apa boleh buat.. Kerajaan tebuk atap ini takda kemampuan Berfikir..Dia seronok bagi bantuan pada ramai orang, Walaupun Bantuan itu pergi kepada orang yang dah ada berpendapatan seperti kakitangan Kerajaan dan GLC..begitu juga syarikat yang kaya dan Kaya.. Apa Kerajaan ingat Tauke tauke kaya tak berdaftar SSM ?

13- Patutlah Kerajaan dah berhabis RM 600 Billion..Tetapi Ekonomi makin teruk, Pengangguran makin menjadi jadi..Selepas Lockdown ni tunggulah.. kita akan lihat pesta penutupan Premis dan Perniagaan dan Pembuangan Pekerja..Dan berapa banyak premis Sewa yang akan tertunggak dan tidak berbayar..

Cukup untuk kita lihat penutupan rangkaian Francais Paparich, Agaknya berapa ramai telah Hilang pekerjaan dan Pendapatan ?

Ipohmali

Sumber: https://www.facebook.com/100000353970691/posts/4260550680633356/?d=n

CATEGORIES

COMMENTS