Gempar! NGO alam sekitar dedah gambar satelit Tasik Chini masih terjejas teruk

Gempar! NGO alam sekitar dedah gambar satelit Tasik Chini masih terjejas teruk

NGO Persatuan Aktivis Sahabat Alam (Kuasa) menyangkal dakwaan bahawa kawasan sekitar Tasik Chini telah dipulihara.

Kuasa memuat naik imej satelit yang diambil pada 30 Mei dan 4 Jun tahun ini yang menunjukkan kawasan di selatan tasik masih terjejas, di laman Facebooknya semalam.

“Ada pihak mendakwa kawasan ini telah dipulihara dan ditanam semula, dan gambar yang tular sebelum ini (gambar di atas) adalah gambar lama.

“Tetapi gambar terkini menunjukkan sebaliknya. Secara jelas terdapat kawasan perlombongan di bahagian selatan tasik,” menurut Kuasa.

NGO itu berkata walaupun kawasan seluas 4,900 hektar di Tasik Chini diwartakan sebagai hutan simpan kekal pada 2019, ia tidak meliputi keseluruhan tasik, terutama di bahagian utara, selatan dan barat.

“Kerajaan Pahang harus serius memulihara semula kawasan rizab biosfera Unesco ini dengan menghentikan projek-projek tidak mampan yang sedia ada dan mewartakan keseluruhan kawasan sekeliling/rizab tasik sebagai kawasan perlindungan, terutamanya sebagai kawasan Hutan Simpanan Kekal – Hutan Taman Negeri,” katanya.

Pemeriksaan Malaysiakini melalui sejumlah sumber imej satelit mendapati amat kurang tumbuhan di kawasan selatan tasik. Ia meliputi kawasan daripada tebing selatan tasik sehingga penempatan Felda Tasik Chini, yang terletak kira-kira lima kilometer dari situ.

Imej daripada Planet Labs Inc yang berpangkalan di Amerika Syarikat diambil sepanjang Mei tahun ini dan dipadankan bagi meminimumkan halangan awan.

Apabila dibandingkan dengan gambar yang diambil dua tahun lalu, iaitu pada Jun 2019, tampak seperti kurang penambahbaikan di kawasan itu.

Bagaimanapun, ada sedikit tanda-tanda pokok yang tumbuh semula di kawasan yang telah dinyah hutan di sekitar tasik, terutama di kawasan utara tasik di mana pembalakan dijalankan sebelum ini.

Perbezaan tampak lebih jelas menerusi imej near-infrared false colour yang diambil menerusi satelit. Warna merah gelap menunjukkan tumbuhan yang tebal. Malaysiakini tidak dapat menentukan sama ada ia disebabkan pertumbuhan secara semula jadi atau kerana usaha pemuliharaan.

Pada Rabu lalu, ahli Parlimen kawasan itu, Najib Razak berkata gambar berkenaan kegiatan perlombongan di Tasik Chini yang tular di media sosial sebenarnya diambil dua tahun lalu.

“Berdasarkan maklumat awal yang saya terima daripada pihak-pihak berkaitan, sejak dua tahun lepas juga beberapa langkah yang dirancang sudah pun diambil untuk menyelesaikan dan memulihkan keadaan itu.

“Saya akan maklumkan keadaan terkini selepas saya diberi taklimat penuh sehari dua ini,” katanya di Facebook.

Dia juga mengongsikan laporan New Straits Times bertarikh 23 Februari 2019 berhubung perlombongan dan pembasmian hutan haram di sekitar Tasik Chini. Menurut laporan itu, ia bermula banyak tahun lalu tetapi kian memburuk.

Sementara itu, mengulas kenyataan Jabatan Alam Sekitar Pahang bahawa kualiti air di kawasan itu diklasifikasikan sebagai bersih, Kuasa berkata situasi itu tidak boleh dilihat menerusi kualiti air semata-mata, tetapi ekosistem tasik secara keseluruhan.

“Bagaimana mungkin ekosistem tasik ini boleh dikekalkan jika kawasan rizab sekelilingnya dimusnahkan begitu sahaja?

“Berdasarkan tinjauan kami ke Tasik Chini pada tahun 2017, orang Asli Jakun sendiri mengaku bahawa selama ini tasik itu tercemar daripada sisa baja sawit, sisa perlombongan dan ini menyebabkan tumbuhan semula jadi yang asal telah banyak musnah dan didominasi tumbuh-tumbuhan baru yang asing.

“Anak-anak mereka yang mandi tasik itu mengalami kegatalan dan jumlah ikan semakin berkurangan dan tercemar.

“Tasik ini juga mengalami risiko pencetekan secara beransur-ansur akibat pemendapan sisa galian di dasar tasik lalu boleh mempercepatkan pengeringan tasik tersebut,” kata Kuasa.

Minggu lalu, Malaysiakini melaporkan kerajaan Pahang telah meluluskan kerja perlombongan di sekitar Tasik Chini di Pekan kepada sebuah syarikat berkaitan keluarga diraja, di sebalik rancangannya untuk memulihkannya.

Kawasan yang terlibat dilaporkan terletak kira-kira tiga kilometer daripada Tasik Chini dan ia mencetuskan bantahan daripada pelbagai pihak.

Tasik Chini dan kawasan sekitarnya diiktiraf sebagai tapak rizab biosfera Unesco pada 2009.

Sumber: https://www.gemilangdaily.com/kantoi-persatuan-alam-sekitar-tunjuk-gambar-satelit-tasik-chini-masih-botak/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (11)
  • comment-avatar

    Hello! I could have sworn I’ve been to this website before but after browsing through some of the posts
    I realized it’s new to me. Anyhow, I’m certainly delighted I
    came across it and I’ll be bookmarking it and checking back regularly!

  • comment-avatar

    Every weekend i used to go to see this website, because i want enjoyment, since this this site conations genuinely good funny information too.

  • comment-avatar

    The cash and ticket percentages are all on the Cowboys, but something is driving
    this market place lower.

  • comment-avatar

    Mу brother recommended I might like this website. He was entirely right.
    This post actuallly madе my day. You can not imagine ϳust how
    much timee I had spent for this information! Thanks!

  • comment-avatar

    Hi, Neat post. There’s a problem with your site in internet explorer, might check
    this… IE still is the market leader and a big part of people will miss your great writing because off this
    problem.

  • comment-avatar

    Saya tidak bisa menolak berkomentar. Sempurna ditulis!

    Here is my page – Joker123 deposit pulsa

  • comment-avatar

    Saya tidak bisa menahan diri dari berkomentar.
    Sangat baik ditulis!

    Here is my homepage; Joker123 login download

  • comment-avatar

    Saya telah telah menjelajah online lebih dari 4 jam
    hari ini, namun saya tidak pernah menemukan artikel menarik
    seperti milik Anda. It’s cukup berharga bagi saya. Menurut pendapat
    saya , jika semua pemilik web dan blogger membuat konten yang baik seperti yang Anda lakukan, net akan menjadi a jauh
    lebih berguna dari sebelumnya.

    Also visit my site: Download aplikasi slot joker338

  • comment-avatar

    Great post however , I was wondering if you could write a litte more on this subject?
    I’d be very grateful if you could elaborate a little bit more.
    Many thanks!

    Feel free to visit my website … sky1388 trusted company

  • comment-avatar

    Appreciate the recommendation. Let me try it out.

    Feel free to visit my web-site … xe88 apk (Ulrike)

  • comment-avatar

    I think this is among the most important info for me.
    And i’m glad reading your article. But wanna remark on few general things, The website style is great, the articles is really
    nice : D. Good job, cheers

    My homepage :: download 918kiss 2

  • Disqus ( )