Pihak yang cuba rampas kerajaan perlu dihalang, kata Hadi

Pihak yang cuba rampas kerajaan perlu dihalang, kata Hadi

PRESIDEN Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan negara perlu diselamatkan daripada pihak yang mahu mengambil-alih kepimpinan negara.

Beliau yang kini sedang berada dalam wad di Institut Jantung Negara menyifatkan pihak berkenaan ibarat kumpulan yang berada dalam petak bawah bahtera seperti dalam hadis Nabi Muhammad.

Khalifah ‘Uthman bin ‘Affan RA juga menegaskan: “Allah memberikan kuasa kepada pihak yang berkuasa untuk bertindak dalam apa-apa perkara yang tidak disebutkan oleh al-Quran.”
Bertindak dengan tegas tanpa perasaan waswas, kerana was-was datang daripada syaitan,” kata Abdul Hadi.

Ahli Parlimen Marang itu mengkritik pihak cuba merampas pentabiran ketika negara berhadapan dengan peningkatan jangkitan Covid-19.

Abdul Hadi yang menzahirkan sokongan kepada kepimpinan Tan Seri Munyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri menyifatkan pihak terbabit seolah-olah telah meletakkan Malaysia berada di luar alam bumi.

“Secara khusus, PAS memahami keadaan darurat pandemik COVID-19 dan menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong supaya dihentikan segala ‘politicking’ yang boleh menganggu kestabilan pemerintahan negara.

“Namun, masih lagi terdapat dalam kalangan kita yang seolah-olah meletakkan Malaysia berada di luar alam bumi.

“Mereka masih tidak henti-henti daripada ‘politicking’ dan sangat bernafsu untuk mengambil alih tampuk kepimpinan negara dan negeri dalam suasana COVID-19 yang sebegini rupa,” kata Abdul Hadi.

Beliau menegaskan PAS terlibat secara langsung dalam mengambil alih kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dibejati dengan krisis kepimpinan dan moral sehingga membosankan rakyat.

Setelah membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengikut lunas demokrasi, PAS menurut Abdul Hadi terus menjalankan tugas selepas diberikan beberapa peranan dalam Kabinet tanpa banyak soal kerana PAS meletakkan kepentingan rakyat yang lebih diutamakan.

Untuk rekod, beberapa pemimpin pembangkang termasuk Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan menghadap Yangdi-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara hari ini.

Anwar tiba di Istana Negara pada jam 10.37 pagi ini sekali gus menyaksikan Ahli Parlimen Port Dickson itu menjadi wakil ketua pemimpin politik kedua yang menghadap Al-Sultan Abdullah selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sumber: https://suaramerdeka.com.my/pihak-yang-mahu-rampas-kerajaan-perlu-dihalang-agar-semua-selamat/

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar

    You’re so interesting! I don’t believe I’ve truly
    read something like that before. So great to find another person with a few original
    thoughts on this issue. Seriously.. thank you for starting
    this up. This site is one thing that’s needed on the
    web, someone with a bit of originality!

    My blog … anna

  • Disqus ( )